Teknologi

Tips Memilih Telefon Pintar Menghampiri 2019

Jika anda perasan, 2018 dan 2019 merupakan tahun dimana pelbagai model telefon dari pelbagai pengeluar berlumba-lumba menghasilkan telefon secanggih sebuah komputer riba.

Dengan processor dan RAM yang terkini dan besar, menggunakan telefon sangat senang dan ia memudahkan pengguna untuk melakukan kerja harian.

Namun, telefon pintar jenis bagaimana yang sesuai untuk anda memiliki dengan semua teknologi yang ada kini?

Mari kita beberapa aspek yang anda harus tahu sebelum membeli telefon.

  • Harga

Terdapat 3 jenis kategori harga telefon pintar mengikut spesifikasi dan jenama nya. Ia adalah high end (tahap tinggi), midrange (tahap sederhana) dan budget (bajet). Setiap kategori ini yang memisahkan setiap peranti dengan harganya.

Ketahui bajet perbelanjaannya anda, adakah telefon budget mempunyai fungsi yang anda cari, adakah telefon midrange sesuai dengan ciri-ciri yang anda mahukan atau adakah telefon high end berbaloi dengan wang anda belanjakan?

  • Lebih Satu Kurang Satu

Setakat ini, tiada telefon yang dibina begitu sempurna dengan pelbagai keupayaan. Kamera yang cantik tetapi processor rendah, storan besar tetapi tiada sokongan kad memori tambahan, skrin yang besar tetapi tidak memiliki skrin dengan LED yang cantik dan bermacam-macam lagi yang mengambarkan model telefon di zaman kini.

Memilih telefon yang baik adalah anda tahu fungsi mana yang sesuai dan penting untuk anda gunak mengikut bajet yang ditetapkan.

  • Perkembangan Teknologi

Di zaman kini, dengan teknologi berkembang dengan pantas, spesifikasi telefon pintar pada 2017 sudah dikatakan agak ketinggalan untuk sesetengah individu.

Ini tidak bermaksud ia tidak boleh digunakan cuma anda akan terlepas pada perubahan teknologi pada telefon pintar yang akan datang dalam jangka masa yang pendek.

Jadi bagaimana memilih telefon pintar yang baik?

Menetapkan telefon pintar sebenarnya adalah terletak pada spesifikasi terbaik pada harga yang berpatutan.

Ini tidak akan terikat dengan mana-mana jenama yang ternama namun harus memilih dari pengeluar dengan ulasan positif dari orang ramai.

Dalam jangka masa satu hingga dua tahun lagi, perkembangan dalam telefon pintar akan jauh berkembang dengan pelbagai teknologi terbaru yang akan diperkenalkan kelak dan ia bergerak dengan sangat pantas.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker