Amerika SyarikatAntarabangsaIsu Semasa

Kenapa Pengasas WhatsApp Dan Instagram Tinggalkan Syarikat Selepas Dibeli Oleh Facebook?

Pada tahun 2012, gergasi media sosial, Facebook telah membeli platform perkongsian gambar terkemuka, Instagram pada harga AS$1 bilion (RM4.14 bilion).

Dua tahun kemudian, Facebook turut membeli perkhidmatan mesej popular, WhatsApp dengan nilai AS$16 bilion (RM66.2 bilion), di mana jumlah itu termasuk pembelian dalam bentuk saham dan wang tunai.

Walau bagaimanapun selepas dibeli oleh Facebook, kita menyaksikan pengasas-pengasas Instagram dan WhatsApp bertindak meninggalkan syarikat berkenaan.

Tetapi mengapa? Masing-masing ada sebab mereka tersendiri.

 

WHATSAPP

Bulan Mei tahun ini, pengasas bersama WhatsApp, Jan Koum mengumumkan keputusan meninggalkan Facebook untuk berehat serta memberi tumpuan penuh dalam memenuhi minatnya seperti mengumpul kereta mewah Porsche, mengubah suai kenderaan dan sebagainya.

Namun, media-media di Amerika Syarikat (AS) melaporkan bahawa salah satu faktor yang mungkin mendorong Koum untuk keluar adalah perselisihan pendapatnya dengan Facebook mengenai privasi data pengguna.

Sementara itu, Brian Acton, yang juga pengasas bersama WhatsApp turut meninggalkan Facebook pada tahun 2017 kerana mahu memulakan organisasi bukan keuntungan.

Namun, media-media di Amerika Syarikat (AS) melaporkan bahawa antara faktor utama yang mungkin mendorong Koum dan Acton untuk keluar adalah perselisihan pendapatnya dengan Facebook mengenai privasi data pengguna serta beberapa isu lain.

INSTAGRAM

Yang terkini pula, dua orang pengasas Instagram, Kevin Systrom dan Mike Krieger turut mengikuti jejak langkah Koum dan Acton dalam meninggalkan Facebook.

Memetik laporan Bloomberg, kedua-dua pengasas itu bertindak demikian berikutan ketegangan dan perselisihan faham yang dihadapi dengan Zuckerberg, mengenai hala tuju Instagram.

Ketika membeli Instagram, Facebook memberi jaminan bahawa Instagram akan terus kekal sebagai aplikasi yang berasingan darinya, tetapi hanya akan meningkatkan hubungan perkhidmatan di antara satu sama lain.

Namun, Zuckerberg pada masa ini dilaporkan semakin bergantung kepada Instagram memandangkan aplikasi itu kini mempunyai lebih satu bilion pengguna dan menjadi penyumbang utama kepada sumber pendapatan Facebook.

Tetapi, Systrom dan Krieger meluahkan kekecewaan mereka mengenai pembabitan Zuckerberg dalam operasi harian Instagram.

Lebih menyakitkan hati Systrom dan Krieger, Facebook sering mengangkat namanya sendiri sebagai pihak yang ‘meningkatkan kejayaan’ Instagram, sedangkan melihat pada realiti sebenar, ia adalah sebaliknya.

Zuckerberg berkata, Instagram berkembang dua kali ganda lebih pantas kerana menjadi sebahagian daripada Facebook berbanding jika ia beroperasi secara tunggal, dan kenyataan itu menyebabkan ramai individu di dalam Instagram tidak berpuas hati.

Sementara itu, walaupun Facebook terpalit dengan pelbagai skandal berhubung privasi data pengguna, nama Instagram masih bersih dan tidak tercalar biarpun ia dimiliki oleh Facebook.

 

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker