AntarabangsaAsiaIsu Semasa

Diplomat Singapura Gesa Pemansuhan Undang-Undang Anti-Homoseksual

Baru-baru ini, salah seorang diplomat yang paling berpengaruh di Singapura, Tommy Koh menggesa agar undang-undang yang menjadikan amalan homoseksual sebagai jenayah dimansuhkan.

Menerusi penulisannya di akhbar The Straits Times, Koh menyatakan bahawa sudah tiba masanya untuk Republik itu meninggalkan undang-undang “kuno” tersebut.

Dalam pada itu, keputusan Mahkamah Agung India awal bulan ini yang mengharamkan hubungan seks sejenis, turut mencetuskan perdebatan baru mengenai isu berkenaan di Singapura, cabaran perundangan baru juga difailkan terhadap undang-undang seks anti-gay negara tersebut.

Keputusan Mahkamah Agung India awal bulan ini mengharamkan seks sejenis mencetuskan perbahasan baru di Singapura, dan cabaran perundangan baru difailkan terhadap undang-undang seks anti-gay republik itu.

Difahamkan, hubungan seks di antara lelaki bersama lelaki masih kekal haram di Singapura seperti yang tertakluk di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan Singapura.

Walau bagaimanapun, undang-undang yang diperkenalkan ketika zaman penjajahan British itu jarang sekali dikuatkuasakan.

 “Seksyen 377A merupakan sebuah undang-undang kuno, tidak disokong oleh sains, dan perlu dimansuhkan.

“Bagi sebuah negara yang menyokong sains dan teknologi, ia amat mengejutkan bahawa, pada satu aspek ini, undang-undang tersebut tidak dikemaskini berdasarkan bukti saintifik,” katanya.

Bekas duta Singapura di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat (AS) itu turut menyatakan bahawa Singapura merupakan salah satu daripada segelintir negara di dunia yang masih mengharamkan perbuatan liwat.

Ujar beliau, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah membuang homoseksual daripada senarai gangguan mental.

Tambah Goh, pemimpin agama pula menyifatkan liwat sebagai dosa, namun ia tidak patut dilihat sebagai kesalahan jenayah.

Kali terakhir undang-undang tersebut dicabar adalah pada 2014, tetapi ia telah ditolak oleh mahkamah rayuan.

Menurut mahkamah, pemansuhan undang-undang berkenaan adalah bergantung kepada keputusan di Parlimen.

Walaupun Singapura mengamalkan budaya moden, pandangan serta reaksi rakyat terhadap isu homoseksual masih kekal konservatif.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker