Gaya HidupPercutian

“Smellwalk” Cara Terbaharu Untuk Melawat Bandar

Pelancong dan penduduk tempatan kini ditawarkan cara baharu untuk menjelajah ruang Bandar iaitu dengan cuba menjejaki sebanyak mungkin aroma. Pelancongan “smellwalk” (jelajah bau) itu ditawarkan oleh Kate McLean di bandar-bandar besar seluruh dunia.

“Anda mungkin perlu melekatkan hidung anda pada sesuatu, mematahkan ranting kayu atau mengoyakkan daun,” kata McLean kepada para pesertanya di New York Central Park.

McLean menasihatkan peserta untuk menghidu bukan hanya bernafas. Ini kerana hanya kira-kira 10% daripada molekul bau yang ada akan bersentuhan dengan reseptor semasa bernafas, tetapi dua kali ganda jumlahnya apabila menghidu.

Semasa lawatannya, MacLean meminta para peserta untuk menerangkan bau yang mereka kesan dan bukan sekadar mengenalinya.

McLean telah menjalankan jelajah bau ini di beberapa bahagian dunia sejak beberapa tahun yang lalu. Baginya, jelajah ini adalah perjalanan penyelidikan deria.

“Apa yang saya sangat berminat ialah persepsi orang lain tentang tempat dengan bau dan menggabungkannya untuk membentuk “peta bau”. Mereka adalah percubaan untuk membuat sesuatu visual yang sementara,” katanya.

Seorang pereka grafik dan calon PhD dalam reka bentuk dan maklumat di Royal College of Art di London, McLean telah mencipta “peta bau” dari bandar-bandar yang berlainan di seluruh dunia seperti Glasgow (Scotland), Milan (Itali) dan Paris (Perancis).

Related image

Menurut New York Times, salah satu peta bau pertama yang direka oleh McLean ialah Paris.

“Antara bau utama di Paris ialah keju, wain, hujan dan minyak wangi Yve Saint Laurent, kerana wanita Paris kerap menggunakannya untuk mengingatkan mereka tentang Paris,” kata McLean.

Peta ini adalah tafsiran berwarna-warni tentang bau yang terdapat di tempat tertentu dan bagaimana ia bergerak. Sebagai contoh, bau rumput yang baru dipotong. McLean menemui bau itu di taman, jadi titik hijau akan ditandakan ke dalam peta bau untuk mewakilinya.

Kemudian, di sekitar titik itu terdapat aliran garis kontur dari warna yang sama yang menunjukkan kekuatan atau bau rumput yang baru dipotong di tempat lain. Peta bau itu juga termasuk bauan lain seperti lautan, mawar pantai, sarang burung dan fudge.

Image result for smellwalk

McLean berkata setiap bandar mempunyai tiga jenis bau asas, bermula dengan “bau latar belakang”. Di Singapura, misalnya, bau latar belakangnya adalah bau udara lembap dan makanan jalanan.

Kemudian terdapat “bau sementara”, seperti dari kedai roti di mana roti sedang dibakar, atau dari lalu lintas semasa jalan sibuk. Dan bau yang ketiga ialah bauan singkat. Bau ini mungkin datang dari orang yang berjalan melepasi anda.

Dianggarkan bahawa manusia mempunyai keupayaan untuk mengenali sehingga satu trilion bau. Untuk mengesan setiap bau yang ada, anda perlu hidup sehingga 114,000 tahun.

“Ia memerlukan banyak tumpuan untuk menggunakan hidung anda apabila anda tidak biasanya menggunakannya dengan cara itu,” kata Kate McLean.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker