SukanTeknologi

Singapura Akan Anjurkan Pentas Akhir PVP Esports Championship

Arena of Valor (AOV) dan Defense of the Ancient 2 (Dota 2), merupakan 2 permainan esukan yang popular di dalam telefon pintar dan PC, telah disenaraikan di dalam satu pertandingan esukan Asia, PVP Esports Championship.

Ia merupakan pertandingan skala-besar dengan hadiah terkumpul bernilai US$300,000.

Pertandingan Esukan PVP ini merupakan hasil gabungan Singtel Singapura, Razer, Blizzard Entertainment, Garena dan MET Events.

Dianjurkan oleh MET, penganjur acara esukan yang dipercayai di Asia dan bersama rakan kongsi utama Singtel, syarikat telekomunikasi terbesar di Singapura, acara ini akan menarik minat pemain baru dan profesional dari seluruh Asia untuk bersaing untuk pentas akhir yang bakal diadakan di Suntec Convention Center di Singapura.

Di bawah merupakan tarikh pusingan akhir bagi kelayakan setiap negara yang bertanding:

Kelayakan Negara bagi AOV:

  • Malaysia: 18 Ogos – 2 September 2018
  • Singapura: 26 Ogos – 16 September 2018
  • India: 24 Ogos – 26 Ogos 2018
  • Thailand: 18 Ogos – 13 September 2018
  • Filipina 18 Ogos – 25 Ogos 2018

Kelayakan Negara bagi Dota 2:

  • Singapura: 21 Ogos – 23 September 2018
  • India: 18 Ogos – 19 Ogos 2018
  • Thailand: 27 Ogos – 6 September 2018
  • Filipina: 21 Ogos – 16 September 2018
  • Australia: 2 September – 8 September 2018

3 pasukan terbaik untuk setiap permainan akan dijemput menyertai pusingan akhir untuk memastikan saingan terbaik dan memastikan kualiti pertandingan berada di tahap tertinggi.

Untuk Dota 2, 2 pasukan yang dijemput telah pun disahkan iaitu pasukan dari China; PSG.LGD, merupakan pemenang kedua di dalam kejohanan Dota 2 dunia baru-baru ini dan Team Secret yang memenangi tempat ke-5 dan ke-6 di The International 8 baru-baru ini.

Pemenang dari setiap pusingan kelayakan akan memasuki acara utama dan akan mewakili negara masing-masing serta bersaing dengan negara yang lain.

Grand final Suntec Convention Centre, Singapura: 5 – 7 Oktober 2018, 10 pagi – 11 malam

PVP Esports Championship akan menjadi acara esports terbesar di Singapura. Peminat dari Malaysia dan Singapura akan dapat merasai kehebatan acara esukan bertaraf dunia dan menyaksikan persaingan pemain amauter terbaik dan juga pemain profesional.

Bagi acara utama, pengunjung yang membeli tiket VIP akan turut menerima goodie bag dengan cenderamata premium ekslusif PVP Esports seperti hoodie, t-shirt dan lanyards, barangan Razer, barangan Dota 2, skin unik permainan AOV dan pek kad Hearthstone.

Harga Tiket:

  • VIP: SGD80
  • Value: SGD40
  • Regular: SGD10

Untuk pembelian tiket secara online, KLIK DI SINI

Untuk sebarang maklumat dan informasi terkini, sila layari laman FB dan website rasmi PVP Esports

http://pvpesports.gg/

https://www.facebook.com/pvpesportsgg/

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker