Isu SemasaKesihatanTempatan

Apakah Jenis Kanser Yang Dihidap Datuk Lee Chong Wei?

Berita tentang pemain badminton kebangsaan, Datuk Lee Chong Wei yang di diagnos dengan kanser hidung peringkat awal telah memberi kejutan kepada ramai peminatnya di seluruh negara.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata Chong Wei kini berada di Taiwan untuk menjalani rawatan.

Namun sebelum ini, mungkin jarang kita dengar tentang kanser hidung ini.

Apakah itu Karsinoma Nasopharyngeal (NPC)?

Karsinoma Nasopharyngeal (NPC) adalah sejenis kanser hidung yang sering muncul di nasofaring (nasopharynx), yang merupakan bahagian atas tekak di belakang hidung dan berhampiran pangkal tengkorak.

Menurut perunding Hidung, Telinga dan Tekak di Hospital Ipoh Pantai, dan pakar bedah kepala dan leher Dr Rekha Balachandran, salah satu daripada simptom pertama adalah apabila terdapat ketumbuhan atau bengkak yang tidak menyakitkan.

Kanser hidung ini paling kerap di diagnos di kalangan kaum Cina di Malaysia, diikuti dengan masyarakat Melayu dan India, kata beliau.

Beliau berkata terdapat juga kadar NPC yang tinggi di kalangan masyarakat Bidayuh di Sarawak.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada kanser NPC?

Menurut beliau, keturunan, gaya hidup dan jangkitan virus Epstein-Barr (EBV) adalah antara faktor yang menyebabkan kanser ini.

“Memiliki ahli keluarga terdekat yang menghidap NPC juga meningkatkan risiko penyakit, dan pemakanan makanan yang diawet seperti sayur asin dan ikan kering turut menyumbang kepada kanser ini,” katanya.

Selain ketumbuhan, simptom kedua yang sering terlihat adalah pendarahan hidung. Kadang-kadang apabila mereka menghembus hidung, ia akan mula berdarah. Hidung tersumbat dan pendengaran yang kurang, terutamanya di sebelah telinga sahaja, adalah antara simptom lain.

Bagaimanapun, kata Dr. Balachandran, NPC boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal.

“Kadar hidup selama lima tahun sebenarnya agak tinggi, kerana tahap awal NPC, iaitu peringkat satu dan dua, kadar hidup adalah 80% hingga 85%. Secara peribadi saya melihat beberapa pesakit NPC bertahan lebih dari lima tahun … 10 dan 20 tahun. Selagi ia dikesan sebelum tumor menyebar terlalu jauh,” katanya.

Beliau berkata NPC sukar didiagnos lebih awal kerana simptomnya sangat lemah dan tidak menyakitkan.

“Mungkin pesakit yang mengalami gejala-gejala tersebut tidak akan berjumpa doktor kerana mereka fikir ia bukan apa-apa yang berbahaya, dan juga kerana tumor tersebut tumbuh di tempat-tempat yang tidak dapat kita lihat, ia sangat mudah untuk terlepas pandang,” katanya.

Dr Rekha menasihatkan gaya hidup sihat seperti mengamalkan diet yang penuh dengan sayur-sayuran segar dan buah-buahan serta mengelakkan makanan yang diawet dapat membantu mengurangkan risiko.

Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker