AntarabangsaIsu Semasa

Lelaki Pertama Di Paris Dapat Saman Atas Gangguan Seksual Jalanan

Seorang lelaki di Perancis telah diberikan denda 300 euro (RM 1,461) untuk kesalahan seksual di bawah undang-undang baharu terhadap gangguan seksual jalanan. 

Lelaki tersebut menyentuh bahagian bawah seorang wanita di dalam bas berhampiran Paris, dan memberi kenyataan yang kurang sopan tentang penampilannya. 

Denda tersebut adalah yang pertama dikenakan di bawah undang-undang yang bertujuan menghalang kenyataan dan gangguan seksual di jalanan. 

Undang-undang yang diluluskan pada bulan Ogos itu membenarkan denda sehingga 750 euro dikenakan di tempat kejadian. 

Lelaki itu, yang mabuk ketika menaiki bas di Draveil, Essonne, selatan Paris, menyentuh wanita berusia 21 tahun itu, dan membuat komen menghina terhadapnya dan payudaranya. 

Hal tersebut membawa kepada pergaduhan dengan pemandu bas, yang menahan lelaki itu di dalam bas sambil menunggu polis datang.

Lelaki itu yang berumur 31 tahun, juga telah dikenakan hukuman tiga bulan penjara kerana gangguan seksual terhadap wanita, dan serangan terhadap pemandu. 

Keganasan dan gangguan seksual jalanan adalah salah di bawah undang-undang di beberapa negara termasuk Portugal dan Argentina.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker