Sukan

Bekas Bintang Jepun Jadikan Malaysia Rumah Kedua

Walaupun sedang menjalani larangan jangka panjang, Kenichi Tago dari Jepun kelihatan sedang menikmati kehidupannya di Malaysia.

Selain daripada bersama Kelab Badminto Petaling yang bermain di dalam Liga Ungu, Kenichi yang berusia 29-tahun dilarang bermain buat selama-lamanya oleh Persatuan Badminton Jepun (JBA) kerana perjudian haram, kini sedang memberi khidmat kejurulatihan secara persendirian.

Kenichi juga turut berlatih bersama pemain perseorangan wanita kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara sejak beberapa dua minggu yang lalu selepas dijemput oleh jurulatih Tey Seu Bock.

Dua tahun yang lalu, Tago dan bekas rakan sepasukan Kento Momota, dihukum oleh JBA kerana berjudi di kasino haram. Perjudian  adalah satu kesalahan yang serius di Jepun.

Walau bagaimanapun, Momota terlepas daripada hukuman pada tahun lepas, dan pemain berusia 24-tahun itu tidak membuang masa untuk mendapatkan kembali kepercayaan warga Jepun apabila dia memenangi Kejuaraan Dunia pada bulan lepas.

Selepas memenangi 10 kejuaraan daripada 13 perlawanan akhir sejak dia kembali, Momota dijangka akan menduduki tempat pertama dunia pada hari Khamis.

Tago bagaimana pun yang tidak mendapat nasib yang sama, lalu bekas pemenang Piala Thomas itu mengambil keputusan untuk menggunakan kepakarannya di negara asing.

“Saya berterima kasih kepada ramai pihak di sini (Malaysia). Mereka berdiri dibelakang saya, jadi sebab itulah saya berada di sini, Saya sangat menyukainya,” ujar Tago yang mula kedengaran seperti seorang rakyat Malaysia, dengan ‘lah’ dan ‘ah’nya.

“Jika saya kekal di Jepun selepas skandal itu, ia pasti sukar untuk saya mencari pekerjaan baharu. Saya kini seronok di sini, dan saya masih dapat bermain badminton.

“Saya dapat melakukan apa sahaja, bukan cuma berlatih dan mengajar,” tambah Tago.

Apabila ditanya mengenai kebangkitan memberansangkan Momota, Tago berkata: “Sejak dia junior saya lagi, saya tahu dia adalah seorang yang istimewa. Walaupun sebelum hukuman itu, dia ditakdirkan untuk memperoleh segalanya.

“Kami sudah tidak berhubung lagi sejak hukuman itu dijatuhkan, dan saya rasa itu adalah yang terbaik buatnya. Saya harapkan yang terbaik buatnya.”

Tago mengaku dia menyesali perbuatannya itu, tetapi tiada apa yang dia boleh lakukan mengenainya sekarang.

Bekas pemain nombor satu Jepun itu menghabiskan ¥10juta (RM370,000) daripada 60 lawatannya ke kasino haram di sana.

Kemudian apabila ditanya mengenai Lee Chong Wei, yang kini menghidapi kanser hidung, Tago menambah: “Saya hanya mempunyai rasa hormat buat bintang Malaysia itu. Seperti Momota adalah junior saya, saya berasakan diri saya sebagai junior kepada Chong Wei.

“Dalam 19 perjumpaan kami, saya hanya pernah menenwaskan beliau sebanyak dua kali sahaja. Saya tidak mahu berkata lebih dan saya harap orang ramai juga menghormatinya dan tidak menggangu ruang peribadi beliau.

“Bersemangat untuk kembali ke gelanggang adalah satu perkara yang bagus, tapi saya percaya kembali sihat patut menjadi keutamaanya,”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker