AutomotifGaya Hidup

5 ‘Hack’ Mudah Untuk Masalah Kereta Anda

Pemandu kereta sering panik sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada kenderaan mereka. Sekiranya anda mendapati diri anda dalam situasi ini, jangan takut. Terdapat orang di luar sana yang menemui penyelesaian kreatif kepada masalah-masalah kecil yang berlaku kepada kereta.

Berikut adalah 5 hack untuk masalah kereta anda.

1. Hentikan Kebocoran Dengan Gula-Gula Getah

Tangki minyak dan takungan brek boleh bocor pada masa yang tidak sesuai. Pada masa inilah anda memerlukan beberapa kepingan gula-gula getah. Kunyah gula-gula getah sehingga ia melekat pada gigi anda. Lapkan kawasan bocor telebih dahulu sebelum melekatkan gula-gula getah di kawasan kebocoran.

Nota: Ia hanya berfungsi pada retakan sahaja. Gantikan atau baiki kawasan bocor secepat mungkin.

2. Bersihkan Lampu Depan Dengan Ubat Gigi

Lampu depan plastik yang baru mempunyai satu keburukan utama. Sinaran UV dari matahari akan menjadikannya pudar dengan cepat.

Dapatkan ubat gigi anda dan sapu lampu dengan kain yang bersih. Bilas dengan air dan anda akan dapat melihat kesannya dengan jelas pada waktu malam. Gilapkan dengan wax jika anda mahukan kesan yang lebih nyata.

3. Tutup Calar Dengan Penggilap Kuku

Di sinilah teman wanita atau isteri anda berguna. Kesan calar atau goresan dengan mudah boleh ditutup dengan beberapa sapuan penggilap kuku.

Memandangkan terdapat beribu-ribu warna untuk dipilih, ia lebih mudah untuk mencari padanan dengan cat kereta anda. Secara alternatif, cat kereta anda dengan warna yang sama dengan warna penggilap kuku yang isteri anda ada.

4. Hilangkan Kemek Dengan Pam Pelocok

Kesan kemek di mana-mana panel kereta anda akan menjadikannya kelihatan buruk. Nasib baik, kebanyakan kita mempunyai pam pelocok di rumah. Lekatkan pelocok di tempat kemek dengan berhati-hati dan tarik dengan perlahan-lahan. Kemek akan hilang dengan mudah.

Nota: Perbuatan ini mungkin akan menjejaskan cat kereta.

5. Isi Minyak Dengan Banyak

Memegang separuh pemicu pam bahan api dikatakan mampu menyalurkan lebih banyak minyak dan kurang udara ke dalam tangki. Oleh kerana bahan api mahal dan terdapat banyak gelembung apabila anda mengepam, ia agak masuk akal untuk menggunakan hack ini. Lagipun, anda hanya mengambil sedikit masa daripada biasa.

 

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker