Gaya HidupKerjaya

Bagaimana Untuk Kekalkan ‘Nasib Baik’ di Tempat Kerja

Di tempat kerja, bergantung kepada rezeki, sesetengah orang mungkin bernasib baik. Apakah maksud bernasib baik ini?

Seseorang yang bernasib baik di tempat kerja mempunyai kedudukan kuasa, status dan pendapatan yang jauh lebih tinggi daripada yang sebenarnya mereka layak tanpa apa-apa kepakaran atau usaha yang hebat.

Sekiranya anda adalah antara mereka yang bernasib baik, ketahui bahawa ia bukanlah cara terbaik untuk wujud di tempat kerja, malah ia adalah sesuatu yang berisiko tinggi untuk karier anda!

Sekiranya anda baru sahaja memperoleh kedudukan tinggi atas tiket “nasib baik”, jangan abaikan aspek perkembangan peribadi anda. Ini adalah satu-satunya cara untuk membuat nasib baik anda berkekalan.

Robin Sharma, penulis dan pakar kepemimpinan Kanada mengatakan “… salah satu perkara paling menyedihkan dalam hidup adalah untuk sampai ke penghujungnya dan menyesali sesuatu perkara yang anda tidak lakukan dengan baik padahal anda tahu bahawa anda boleh melakukannya.”

Menjadi sukses dan produktif dalam pekerjaan anda memerlukan lebih daripada sekadar nasib yang baik. Ia menuntut supaya anda menjadi proaktif terhadap prestasi anda sendiri.

Terdapat tiga corak pemikiran yang boleh diamalkan oleh golongan bernasib baik ini untuk tidak mensia-siakan nasib mereka.

1. Terus belajar

Jika anda mendapati bahawa anda tidak boleh duduk diam dan anda sentiasa mencari cara baru untuk menyelesaikan masalah atau memperbaiki diri anda, maka anda tahu kejayaan itu dekat.

Orang-orang yang menentukan nasib mereka sendiri adalah orang-orang yang tidak mudah berasa selesa,rajin untuk mempelajari benda baharu, menilai produktiviti kerja mereka dan komited untuk terus memperbaikinya.

2. Kekalkan reputasi

Kesemua usahawan dan pemimpin yang berjaya bekerjasama dengan nasib baik mereka, mengamalkan keazaman yang tinggi. Mereka mempunyai kesabaran, ketabahan, dan tenaga yang berkesinambungan untuk berjaya hingga ke akhir.

Mereka tidak berhenti apabila telah memenuhi matlamat . Jika anda boleh terus fokus dan berdedikasi untuk mencapai hasil, nasib baik anda akan terus bersama anda.

3. Jangan malu bertanya

Orang yang berjaya tidak pernah malu untuk mengaku bahawa mereka tidak tahu sesuatu. Mereka juga tidak mempunyai masalah untuk meminta bantuan dan mendapatkan maklum balas. Mereka sanggup membincangkan dan mengambil input daripada pelbagai sumber.

Sejarah telah membuktikan, setiap pemimpin yang gagal sebenarnya bersikap “bodoh sombong”. Orang yang benar-benar berjaya terbuka untuk menerima maklum balas dan dapat memproses pendapat tersebut serta menggunakannya untuk perkembangan yang berterusan.

Sumber: NST

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker