Isu SemasaTempatan

Ramai Tidak Setuju Straw Plastik Diharamkan?

Berdasarkan sebuah kaji selidik di FB Harian Metro, seramai 59 peratus responden yang menyertai kaji selidik tersebut mengenai isu larangan penggunaan straw plastik berpendapat ia tidak wajar dibuat.

Seramai 41 peratus responden lain pula mempunyai pandangan berbeza dan berpendapat ia wajar dilaksanakan pada 1 Januari 2020.

Berdasarkan kebanyakan komen di FB Harian Metro, mereka berpendapat ia adalah langkah yang baik kerana dapat mendidik rakyat supaya menjaga alam sekitar.

Walaupun begitu, kerajaan yakin usaha memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penjagaan alam sekitar melalui larangan penggunaan straw plastik konvensional mencapai matlamat biarpun mengambil sedikit masa.

Ini kerana beberapa alternatif lain seperti straw biodegradasi atau kertas serta metal juga boleh digunakan apabila ia dikuatkuasakan kelak.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata, langkah diambil kementerian itu bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat dan akan diperluaskan kepada penggunaan beg plastik.

“Kita dapati penggunaan straw minuman memberi kesan kepada alam sekitar. Jadi kita kuatkuasakan larangan ini bermula pada 2020 kepada pengusaha kedai makan,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker