AntarabangsaIsu Semasa

Penjawat Awam Palembang: Subuh di Masjid Atau Dibuang Kerja

Penjawat awam di Palembang, yang turut menjadi tuan rumah pada Sukan Asia bulan lalu, kini dikehendaki untuk berjemaah di masjid tempatan ketika solat Subuh atau menanggung risiko dipecat.

Mereka telah diberi amaran bahawa aplikasi telefon pintar sedang disiapkan untuk menjejaki sesiapa yang ingkar .

Perintah itu yang mungkin menjadi yang pertama dilaksanakan di Indonesia, bertujuan membantu birokrat untuk lebih peka dengan masalah penduduk dan juga untuk meningkatkan produktiviti, kata jurucakap Bandar, Amiruddin Sandy kepada AFP.

“Dengan bersolat bersama-sama penduduk ketika Subuh, kita akan mendapat peluang untuk mendengar masalah mereka secara langsung,” katanya, sambil menambah bahawa aduan yang biasa diterima adalah isu air dan lampu jalan yang pecah.

Undang-undang ini berlaku seiring dengan gerakan masyarakat Indonesia terhadap konservatisme agama yang telah mencabar reputasi mereka kerana mengamalkan ajaran Islam yang bertoleransi.

Golongan minoriti agama dan seksualiti telah dijadikan mangsa prejudis di negara majoriti Islam itu. Pihak berkuasa menyebat golongan gay di wilayah Aceh yang konservatif dan penganut agama Kristian juga telah disasarkan oleh pengebom berani mati awal tahun ini.

Pegawai-pegawai kesihatan di Aceh telah berjuang untuk melaksanakan program vaksinasi kanak-kanak kerana kebimbangan ubat-ubatan itu mengandungi kesan daging babi yang diharamkan dalam Islam.

Sementara itu, pemimpin negara Joko Widodo juga telah mengundang kritikan kerana memilih seorang ulama Muslim konservatif sebagai pasangannya dalam pemilihan presiden tahun depan.

Peraturan baru itu yang bermula pada 19 September lalu, tertakluk untuk anggota-anggota Islam dari 16,000 penjawat awam dengan 1,100 kakitangan kanan akan berisiko dipecat jika mereka melewatkan solat subuh.

Datuk Bandar Palembang merancang untuk melakukan beberapa pemeriksaan untuk memastikan pegawai mematuhi peraturan itu sehingga kerajaan tempatan melancarkan aplikasi telefon pintar untuk menjejaki kehadiran.

“Sekiranya kita mendapati ada pegawai yang tidak mematuhi peraturan itu, kita tidak akan segera memecatnya, sebaliknya akan memanggilnya terlebih dahulu dan bertanya alasan ketidakhadiran mereka di masjid,” katanya.

Kira-kira 90 peratus dari 260 juta rakyat Indonesia beragama Islam. Umat ‚Äč‚ÄčIslam dikehendaki solat lima kali sehari tetapi ramai yang memilih untuk melaksanakannya secara sendirian berbanding berjemaah di masjid.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker