Sukan

BAM: Lee Chong Wei Menghidap Kanser

Bintang badminton Malaysia, Lee Chong Wei telah disahkan menghidap kanser hidung yang masih ditahap permulaan dan kini sedang di rawat di Taiwan, ujar pegawai sukan pada hari Sabtu, selepas spekulasi mengenai kesihatannya berleluasa selama berminggu-minggu.

Atlet Olimpik paling berjaya negara, yang turut dianggap sebagai seorang bintang super di sini, dikatakan menerima baik rawatan yang diberikan, ujar mereka lagi.

Walau bagaimanapun, ini sudah pasti akan menjadi satu tamparan hebat buat pemain berusia 35 tahun itu, selepas dia dalam usaha memanjat semula kedudukan dunia berikutan larangan daripada bermain akibat gagal ujian doping.

Spekulasi mengenai kesihatannya timbul sejak dia berhenti menghadirkan diri ke sesi latihan pada bulan Julai, dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan bahawa Chong Wei telah menarik diri daripada Kejuaraan Dunia dan Sukan Asia.

Laporan susulan mengatakan pemenang tiga kali pingat perak Sukan Olimpik itu telah berkunjung ke Taiwan untuk mendapatkan rawatan tetapi para pegawai badan sukan itu tidak mendedahkan apa-apa mengenai sakit yang dihidapi Chong Wei.

Kemudian pada hari Sabtu yang lepas, presiden BAM Norza Zakaria mengeluarkan kenyataan “pemain itu telah disahkan menghidap kanser hidung yang kini masih diperingkat awal.

“Lee kini sedang berada di Taiwan bagi mendapatkan rawatan dan gembira untuk saya umumkan bahawa dia bertindak balas dengan baik terhadap rawatan yang diberikan dan pada waktu ini sedang berehat bersama keluarga dan teman-teman rapat.

“BAM sentiasa berhubung dengan Lee dan kami akan menawarkan apa jua bentuk sokongan yang boleh kami berikan kepada legenda kita itu.”

Terlepas Kejuaraan Dunia pada bulan Julai dan Ogos memberi tamparan hebat buat bekas nombor satu dunia itu kerana piala pertandingan itu adalah salah satu yang masih belum diperoleh Lee Chong Wei.

Sukan badminton adalah sangat terkenal di Malaysia dan ia adalah salah satu acara sukan di mana atlet negara dapat bertanding di peringkat tertinggi.

Kegagalan Lee dalam usaha mendapatkan pingat emas Olimpik pertama negara di tiga edisi Sukan itu diikuti rapat oleh para peminat dan penyokong di Malaysia, termasuklah persaingan hangatnya bersama bintang super China, Lin Dan.

Peluang terakhirnya untuk mendapatkan pingat emas Olimpik di Rio pada 2016 berakhir dengan kekalahan Chong Wei kepada Chen Long di dalam perlawanan peringkat akhir yang mendebarkan.

Lee yang kini berada di tangga ke-4 dunia, menyatakan bahawa Rio adalah Olimpik terakhirnya.

Lee telah bertungkus lumus memanjat tangga kedudukan selepas kembali daripada larangan doping pada tahun 2015.

Ujian doping yang dijalankan ke atasnya memberi keputusan positif kerana menggunakan ubat anti-radang yang dilarang ketika pertandingan Kejuaraan Dunia 2014. Pada ketika itu ramai meluahkan kerisauan mereka ia akan menamatkan kariernya, namun Lee Chong Wei kembali dengan lebih kuat.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker