Bisnes & Ekonomi

Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Melabur Dalam Hartanah

Lakukan penyelidikan ke prospek ekonomi lokasi sebelum memutuskan jenis hartanah yang ingin dibeli – itulah nasihat untuk para pelabur muda.

Penyelidikan lokasi adalah asas pelaburan hartanah. Perkara pertama adalah untuk mengetahui prospek ekonomi lokasi tertentu.

Sekiranya aktiviti-aktiviti ekonomi yang kukuh dan berkembang, ini bermakna pertumbuhan yang berpotensi atau keuntungan modal hartanah di dalam kawasan tersebut adalah baik.

 Sekiranya tempat itu mempunyai penduduk organik (keluarga), maka harta untuk melabur mestilah sesuai dengan ‘jenis keluarga’.

Berita baiknya ialah, dengan internet, ia lebih mudah untuk menyelidik kawasan kejiranan dan mengetahui semua tentang kawasan yang anda intai sebelum menandatangani hitam putih dan membeli harta di lokasi tersebut.

Perkara pertama yang perlu dipertimbangkan ialah untuk melihat kawasan itu dengan mata anda sendiri. Oleh itu, anda harus memastikan bahawa anda melihat harta itu dalam keadaan yang berbeza seperti pada siang hari, petang, ketika gelap, pada hari minggu, dan pada hujung minggu.

Anda juga perlu memandu di sekeliling untuk mendapatkan idea mengenai kawasan tersebut supaya anda dapat mengenal pasti kebaikan dan keburukan tempat itu  sebelum membeli.

Selepas melakukan penyelidikan dan anda ingin membeli harta itu, fikirkan tentang pinjaman pula. Walau bagaimanapun, untuk pinjaman perumahan, tiada jalan pintas untuk mendapat kelulusan.

Menurut laporan The Star, terdapat tiga perkara yang perlu dilakukan untuk memudahkan pinjaman perumahan.

Pertama, anda perlu mengekalkan rekod yang baik, yang bermaksud menjelaskan pembayaran kad kredit anda dan membayar ansuran pinjaman anda tepat pada waktunya.

Kedua, anda perlu meningkatkan pendapatan aktif anda kerana pendapatan mempunyai kesan langsung ke atas jumlah pinjaman.

Ketiga, anda harus mempertimbangkan pembelian bersama untuk menurunkan beban pembayaran bulanan anda dan mengoptimumkan kadar kelulusan pinjaman.

Walaupun gaji bulanan anda adalah RM3,000, anda masih boleh melabur dalam hartanah.

Anda boleh bermula dengan hartanah bernilai rendah, seperti flat atau pangsapuri atau anda juga boleh melakukan pembelian bersama dengan ahli keluarga.

Untuk mengetahui tentang ‘hotspot’ hartanah, periksa dengan ejen hartanah tempatan dan portal hartanah dalam talian. Mereka sentiasa mempunyai berita terkini dan maklumat yang tepat.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker