BudayaGaya Hidup

Siapa Golongan “Luxury Pig Men” di China?

Beberapa minggu kebelakangan ini, muncul istilah baharu di internet China yang menggambarkan generasi terkini dari lelaki muda yang memakai mekap: “luxury pig men”.

Dikenali sebagai “Jingzhunan” dalam bahasa China, golongan lelaki ini mendapat perhatian yang meluas kerana rutin kecantikan mereka yang rumit dan sangat berbeza dengan lelaki macho tradisional.

Trend itu bukan hanya didorong oleh faktor fesyen semata-mata tetapi turut dipengaruhi oleh kuasa wanita sekaligus menjadikan lelaki ingin memenuhi apa yang wanita inginkan.

Trend ini bagaimanapun tidak diterima baik oleh golongan tradisionalis. Penampilan “luxury pig men” dari sebuah band dalam rancangan televisyen telah dikecam sebagai “lembut” oleh agensi berita negeri Xinhua.

Insiden terbabit mencetuskan tindak balas media berita lain di mana pengulas dan kumpulan wanita menyatakan sokongan mereka agar lelaki diberikan hak untuk memilih pelbagai bentuk maskuliniti yang mereka mahukan.

Image result for china men wearing makeup

Perbahasan yang sama turut tercetus apabila individu “luxury pig men” yang pertama, seorang lelaki berusia 25 tahun dari bandar timur Hangzhou, dilaporkan menghabiskan sekitar 30,000 yuan (US $ 4,380) setahun untuk rutin kecantikannya.

Walaupun media tempatan mengkritik rutin kecantikan Xu Tao yang dianggap “berlebihan”, dia meluangkan sekitar 30 minit setiap hari untuk bermekap dan perbuatannya mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.

“Lelaki muda ini menjalani satu trend kecantikan yang baru untuk menarik perhatian wanita. Ia kemudian menjadi standard kecantikan baru untuk lelaki China,” kata Profesor Geng Song, yang mengkaji maskuliniti lelaki China di University of Hong Kong.

Apabila wanita di China secara beransur-ansur meningkatkan kedudukan sosial dan ekonomi mereka, rasa dan keinginan mereka dari segi maskuliniti menjadi semakin penting.

Sebagai kesannya, lelaki menerima lebih tekanan untuk menjaga penampilan mereka dan menggunakannya sebagai satu bentuk modal untuk bersosial, seperti yang dilakukan oleh wanita selama berabad-abad.

“Tetapi tidak semua wanita di China meminati golongan “luxury pig men”. Ia juga berlaku kerana lelaki mula menyedari bahawa penampilan diri amat penting bagi mereka untuk berjaya dalam kerjaya,” kata Song kepada SCMP.

Image result for jingzhunan

Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa yang lama sebelum golongan “luxury pig men” akan menjadi norma untuk lelaki China di semua peringkat umur, kelas sosial dan kawasan.

“Persepsi terhadap lelaki yang memakai mekap adalah ‘lembut’ atau ‘akan menakutkan wanita’,” kata Duan Shuai, pengarah media Pusat LGBT Beijing.

Akibatnya, banyak lelaki biasa lebih memilih untuk menggunakan mekap “natural look” berbanding dengan blogger kecantikan lelaki dari golongan “luxury pig men”, yang rata-rata pengikutnya terdiri daripada wanita dan lelaki gay.

Walaupun golongan “luxury pig men” dianggap berlebihan, golongan lelaki biasa yang mengenakan mekap secara “natural” semakin diterima baik oleh masyarakat.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker