Hiburan

Rupanya Ini Sebab Singapore Airlines Tiada Dalam Crazy Rich Asians

Crazy Rich Asians telah menjadi filem yang sangat popular. Ia telah menjadi filem teratas di pawagam AS selama tiga minggu. Filem ini juga telah mengaut lebih $ 100 juta di Amerika Utara.

Filem ini adalah iklan yang menakjubkan untuk Singapura. Dengan filem itu, orang ramai yang menonton akan berkeinginan untuk melawat kota singa itu.

Beberapa tempat di Singapura telah dipaparkan dalam filem itu seperti Lapangan Terbang Changi, gerai penjaja, Gardens by the Bay, Marina Bay Sands dan banyak lagi.

Related image

Tetapi bagi anda yang sudah menonton filem ini pasti tertanya-tanya mengapa Singapore Airlines tidak dipaparkan di dalamnya?

Ternyata, terdapat kisah yang menarik mengapa Singapore Airlines tidak dipaparkan, walaupun buku asal filem itu menggunakan rujukan khusus Singapore Airlines.

Dunia “Crazy Rich Asians” yang penuh glamor sepatutnya menjadi medium untuk syarikat penerbangan utama mengiklankan syarikat mereka. Tawaran seperti ini berlaku sepanjang masa dalam filem studio, seperti kemunculan Turkish Airlines menerusi filem ” Batman vs. Superman “.

Tetapi menurut produser Brad Jacobson dan Nina Simpson, perkara itu tidak berlaku antara filem Crazy Rich Asians dan Singapore Airlines.

“Kami terkejut. Ia sepatutnya menjadi medium iklan terbaik untuk Singapore Airlines. Tetapi mereka tidak pasti filem itu akan mewakili syarikat penerbangan dan pelanggan mereka,” kata Simpson kepada The Wrap.

“Syarikat-syarikat terkemuka mahukan filem-filem dari pengarah terkenal seperti mana Richard Curtis lakukan untuk England menerusi filemnya di mana ia berjaya membuat penonton mahu melawat negara itu.”

Related image

Pengarah Jon M. Chu berkata, “Orang tidak mempunyai kepercayaan kepada filem ini. Mereka tidak tahu apa filem ini. Nampaknya sekarang jelas, tetapi ketika kami membuatnya, semua orang menganggap ia filem kecil dan mereka sangat curiga tentang apa yang kami cuba lakukan.”

Dalam perniagaan, sesebuah syarikat tidak akan mempunyai naluri yang betul mengenai sesuatu. Jadi syarikat akan mengambil keputusan yang mereka mungkin sesali.

Ini adalah peluang yang sangat baik untuk Singapore Airlines tetapi mereka melepaskannya. Syarikat-syarikat besar menghabiskan berjuta-juta dolar untuk iklan, dan dipaparkan dalam filem ini adalah sesuatu yang berpotensi untuk menjadikan Singapoe Airlines dikenali di seluruh dunia.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker