Isu SemasaPolitikTempatan

Demokrasi: Serabut Dan Bising, Tetapi Diperlukan

‘Pertempuran’ di antara Rafizi Ramli dan Datuk Seri Azmin Ali dalam merebut/mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menarik perhatian pelbagai pihak, khususnya pakar-pakar politik.

Menurut Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi, persaingan dalaman parti itu adalah sebahagian daripada suasana politik yang mengamalkan demokrasi.

“Kita boleh mengendalikan parti dengan sebuah sistem pemimpin yang dilantik (bukan menerusi pemilihan), tetapi itu bukanlah demokrasi.

“Sebab itu kita mengalu-alukan persaingan seperti ini (Azmin vs Rafizi). Orang ramai bertanya, ‘mengapa baru sekarang?’

“Demokrasi┬áserabut dan bising, namun demokrasi diperlukan dalam perjalanan politik,” katanya.

Memetik laporan The Star, Nik Nazmi telah menjadi anggota PKR sejak tahun 2001 lagi.

Beliau turut berkata, perlumbaan untuk mengejar kedudukan kedua terbesar di dalam parti itu perlu memberi tumpuan dalam mencari pemimpin yang sesuai untuk berada di dalam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrhaim, yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.

“Memandangkan ini adalah konsensus di dalam Pakatan Harapan (PH), apabila beliau (Anwar) menjadi perdana menteri yang kelapan, beliau akan memerlukan satu pasukan yang mantap untuk menyokongnya sebagai presiden parti,” ujar Ahli Parlimen Setiawangsa itu.

Pada 27 Julai, Nik Nazmi secara terbuka menyatakan bahawa Rafizi, yang kini memegang jawatan naib presiden PKR, adalah individu yang terbaik untuk memegang jawatan timbalan presiden.

Bukan itu sahaja, malah beliau berkata, kombinasi Anwar-Rafizi adalah yang terbaik untuk memimpin parti tersebut.

“Saya tidak melihat Azmin sebagai seorang yang tidak bagus, tetapi saya percaya bahawa Rafizi adalah lebih baik.

“PKR bukan parti Azmin, parti Rafizi, atau parti Anwar. Ia merupakan sebuah jenama yang telah wujud sejak era reformasi. PKR akan terus kekal tidak kira siapa pun yang menang,” jelasnya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker