AntarabangsaIsu Semasa

Sepanyol Buat “U-Turn” Urusniaga Senjata Dengan Arab Saudi

Pada tahun 2015, Sepanyol telah menandatangani kontrak penjualan 400 peluru berpandu dan beberapa peralatan ketenteraan lain dengan Arab Saudi

Namun pada awal bulan ini, Madrid memutuskan membatalkan kontrak itu kerana bimbang jika Arab Saudi akan menggunakan senjata tersebut ke atas orang awam di dalam Perang Yaman.

Tetapi tidak sampai sebulan pembatalan itu dilakukan, Perdana Menteri Sepanyol,┬áPedro S├ínchez telah membuat “U-Turn” dan memutuskan untuk meneruskan urusniaga itu.

Memetik laporan Sanchez berkata, kontrak senjata ini perlu diteruskan untuk “menjaga hubungan yang baik” bersama negara Arab tersebut.

Tindakan ini sekali gus mencetuskan kemarahan kumpulan hak asasi manusia yang telah menyambut baik tindakan kerajaan Sepanyol membatalkan penjualan senjata berkenaan sebelum ini.

Menurut kumpulan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International, Sepanyol merupakan penyedia peralatan ketenteraan dan senjata yang keempat terbesar kepada Arab Saudi.

Statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula mendapati bahawa peperangan di Yaman telah mengorbankan lebih daripada 10,000 nyawa dan menyebabkan kira-kira 8.4 juta rakyat menderita akibat kebuluran.

Walau bagaimanapun, terdapat sebab penting mengapa Sepanyol menghidupkan semula urusniaga senjata itu dengan Arab Saudi.

Memetik laporan Reuters, pembatalan itu akan mendatangkan kerugian yang besar ke atas syarikat pembinaan kapal tempatan, Navantia, yang juga aktif membina kapal perang untuk tentera.

Difahamkan, Arab Saudi telah pun membuat tempahan untuk membeli lima buah kapal perang Corvette bernilai 1.8 bilion Euro (RM8.73 bilion) dan pembatalannya akan menjejaskan ribuan pekerja di syarikat itu.

Oleh yang demikian, ramai pekerja Navantia telah mengadakan protes besar-besaran untuk menggesa kerajaan Sepanyol agar meneruskan kontrak senjata tersebut kerana bimbang kehilangan pekerjaan mereka.

Dalam pada itu, hubungan Sepanyol dan Arab Saudi juga akan terkesan dengan hebat sekiranya ia benar-benar membatalkan perjanjian senjata tersebut.

“Keadaan ini amat rumit. Dilema yang dihadapi oleh kerajaan menjejaskan hubungan komersil, ekonomi dan politik bersama Arab Saudi,” tegas Sanchez.

Selain daripada kontrak senjata, Madrid juga telah menerima kontrak yang “lumayan” dari Riyadh untuk membina keretapi berkelajuan tinggi yang menyambungkan Makkah dan Madinah.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker