AntarabangsaHiburanIsu Semasa

Rihanna Jadi Duta Barbados

Penyanyi pop, artis dan pengasas Fenty Beauty, Rihanna bakal diangkat menjadi duta besar Luar Biasa dan Berkuasa Mutlak untuk Barbados. Hal tersebut disampaikan Perdana Menteri Barbados Mia Amor Mottley.

Dipetik daripada BBC, Sabtu 22 September 2018, Mia memaklumkan, artis dengan nama penuhnya Robyn Rihanna Fenty berperanan mempromosikan sektor pendidikan, pelancongan dan pelaburan di negara tersebut.

“Rihanna memiliki cinta yang mendalam untuk negara ini dan ini terlihat dalam filantropinya, terutama di dalam bidang kesihatan dan pendidikan. Beliau juga menunjukkan patriotismenya terhadap negara ini dan terus menganggap pulau ini sebagai rumahnya,” kata perdana menteri itu dalam sebuah kenyataan.

Lebih lanjut menurut Mia, Rihanna telah menunjukkan bahawa di luar kejayaanya sebagai ikon pop, beliau juga kreatif dalam menjalankan bisnis.

“Disebabkan itu, ia tepat apabila kami melibatkan dan memperdayakannya untuk memainkan peranan yang lebih definitif dengan kami bagi mentransformasikan Barbados,” tambahnya.

Rihanna pula berkata beliau sangat berbangga atas gelaran yang diberikan itu. Beliau juga menegaskan akan menjalankan amanat yang diberikan.

“Saya bersedia dan bersemangat untuk mengambil tanggungjawab ini. Saya berharap dapat bekerjasama dengan Perdana Menteri Mottley dan timbalannya untuk mempromosikan kembali Barbados,” tambahnya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker