Gaya HidupMakan & Minum

Minum Bersama Haiwan Eksotik di Kafe Reptilia

Bagi sesiapa yang takut dengan ular sawa albino atau iguana bersisik, mendekati haiwan eksotik ini secara peribadi di kafe bertema reptilia pertama di Kemboja, adalah salah satu penawar untuk anda.

Kafe Reptilia yang terletak di Phnom Penh itu adalah tempat di mana seseorang dapat menikmati secawan kopi atau minuman popular lain sambil mendekati hampir 20 spesies haiwan eksotik yang berbeza.

Kebanyakan haiwan di kafe itu adalah dari spesies reptilia. Mereka termasuk iguana, kura-kura, empat spesies ular seperti ular sawa, araknid seperti labah-labah dan kalajengking, rodensia seperti tikus, serangga seperti lipas gergasi merah dan belalang serta burung berwarna-warni seperti burung kakak tua.

Kafe itu dibuka kira-kira empat bulan yang lalu, dan pemiliknya Chea Raty mengatakan haiwan-haiwan itu dibawa dari Thailand.

Image result for reptile cafe cambodia

“Saya mempunyai kawan yang tinggal di Poi Pet, yang mengendalikan segala urusan undang-undang untuk saya membawa spesies haiwan yang ada di kafe Reptilia,” katanya.

Dalam kesemua reptilia, iguana adalah bintang sebenar di kafe terbabit. Spesies tropika yang berasal dari Amerika Selatan itu telah menjadi haiwan peliharaan kegemaran ramai selama bertahun-tahun.

Raty, pertama kali menemui iguana di televisyen dan menjadi sangat berminat mengenainya. Menurut Raty, reptilia itu mungkin kelihatan sedikit menakutkan pada mulanya tetapi ia adalah haiwan yang lembut.

“Tiga tahun yang lalu, saya mula memelihara iguana ini yang saya dapat dari Thailand, dan tidak lama kemudian saya mula jatuh cinta dengannya. Tidak ramai yang menyedari bahawa ia juga haiwan vegetarian,” katanya.

Image result for reptile cafe cambodia

Raty, 32, yang berasal dari wilayah Banteay Meanchey merupakan graduan lulusan IT. Dia pernah memiliki perniagaan menjual alat ganti komputer, tetapi gagal.

“Saya tidak berputus asa, jadi saya membuka kafe ini dengan konsep yang unik untuk menarik pelanggan. Saya mula mengumpul idea untuk membuka Reptile Café dan memenuhinya dengan pelbagai jenis reptilia dan makhluk hidup lain yang dapat dikenali oleh pelanggan.

“Kafe saya telah menerima banyak perhatian kerana hiasan semulajadinya. Pelanggan boleh berehat, makan dan belajar tentang spesies yang ada. Mereka juga boleh berswafoto dengan iguana, yang merupakan bintang utama kami,” kata Raty.

Menurut Phnom Penh Post, harga minuman di Reptile Café juga munasabah dan bermula dari 5,500 riel hingga 8,500 riel. Lebih penting lagi, konsep “hijau” kafe ini membantu menenangkan haiwan di sana.

Image result for reptile cafe cambodia

Sebagai seorang peminat haiwan, Raty mahu orang ramai untuk mendekati peribadi haiwan yang dimilikinya. Oleh itu, Raty membuka kafe yang mempunyai konsep yang unik itu bukan semata-mata untuk menarik pelanggan.

“Anda mesti suka alam semula jadi dan semua yang ditawarkan, termasuk haiwan di kafe saya. Saya mahu berkongsi keghairahan saya dengan pelanggan supaya mereka juga boleh mencintai haiwan,” katanya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker