Gaya HidupKerjaya

Berapa Gaji Permulaan Graduan Komunikasi Massa?

Kursus komunikasi massa sering diiringi dengan glamour dan keinginan untuk menjadi “famous”. Namun begitu sebenarnya kursus komunikasi ini akan membawa anda lebih dari sekadar orang di hadapan kamera.

Apa itu kursus komunikasi massa?

Kursus komunikasi massa secara umumnya ialah bagaimana kita berkomunikasi dengan orang ramai. Ia bertujuan supaya pelajar dapat berkomunikasi dengan orang lain secara efisyen dan beretika.

Selain jadi pengacara TV, apa sahaja kerjaya yang boleh diceburi?

Graduan komunikasi massa mempunyai lapangan kerjaya yang luas. Ini kerana dunia informasi dan pengisian memerlukan pengurus, pereka, curator, pengedar dan banyak lagi untuk mengekalkan keberadaan mereka.

Secara lazimnya, graduan komunikasi massa akan memilih pengkhususan di antara bidang penyiaran, perhubungan awam, pemasaran dan pengiklanan.

Apabila melangkah ke alam pekerjaan pula, anda boleh mendapatkan pekerjaan di dalam bidang editor, ‘copywriter’, eksekutif pemasaran, pengurus pemasaran, pengurus sosial media dan penasihat media digital.

Berapa gaji pertama orang lulusan ‘mass comm’ ini?

Melalui laman web jobstreet.com, pelajar kelulusan media massa dan berkaitan dengannya seperti seni, media, komunikasi, gaji pertama adalah bermula daripada RM1,800 (graduan diploma) sehingga RM2,600 (graduan ijazah dengan sedikit pengalaman).

Namun begitu, gaji dan kerjaya anda tiada hadnya. Dalam bidang komunikasi massa ini, pengalaman adalah segalanya.

Jika anda mahu bekerja pada usia muda, diploma komunikasi massa adalah langkah terbaik.

Bagaimana menjadi graduan lain daripada lain?

Bagi yang berminat dengan kusus komunikasi mass ini, adalah sangat digalakkan untuk anda belajar lebih daripada satu Bahasa dan boleh bekerja lebih masa ataupun tidak kira masa!

Pada era masa kini, komunikasi massa bergerak pantas seiring dengan media digital. Ini menyebabkan pertindihan pekerjaan di atas talian.

Ini kerana pembangunan atas talian memerlukan pengisian, cara berkomunikasi dan nasihat tentang bagaimana sesuatu informasi itu boleh dipersembahkan dengan cara yang terbaik.

Oleh yang demikian, graduan komunikasi massa harus mempunyai pemikiran kritikal dan berubah ikut peredaran zaman. Namun, pada masa yang sama tidak melupakan perkara asas dalam bidang komunikasi.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker