Isu SemasaTempatan

Apa Pendirian Tun Dr. Mahathir Mengenai Isu LGBT?

Sejak kebelakangan ini, isu berkaitan budaya Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT) menjadi satu topik yang hangat diperdebatkan.

Pada bulan Julai lalu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah menggesa kerajaan untuk mempertahankan seluruh rakyat Malaysia, termasuk golongan LGBT, sambil menegakkan prinsip kesamarataan dan tidak mendiskriminasi mengikut Perlembagaan Persekutuan.

SUHAKAM juga telah memohon kerajaan supaya mengiktiraf golongan LGBT di Malaysia.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan tegas bahawa LGBT atau perkahwinan sejenis tidak akan diterima atau diiktiraf di negara ini.

Ini adalah kerana sistem nilai di Malaysia tidak sama dengan sistem nilai di Barat yang dilihat lebih bebas.

“Sementara kita menerima cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (dalam isu-isu tertentu), kita perlu mengingatkan mereka bahawa sistem nilai kita tidak sama dengan sistem Barat.

“Di Malaysia ada perkara tertentu yang kita tidak boleh terima walaupun sekarang dianggap sebagai hak asasi manusia di negara Barat.

“Kita tidak boleh terima umpamanya LGBT, perkahwinan antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) Siri 4 2018 di Perdana Putra, pada Jumaat.

Memetik laporan media tempatan, Dr. Mahathir turut menyatakan bahawa konsep perkahwinan di negara ini akan terus kekal dengan lelaki dan wanita, serta anak atau anak angkat, dan perkahwinan sejenis tidak diiktiraf sebagai keluarga.

“Pasangan yang mempunyai anak, atau anak angkat, dianggap sebagai keluarga. Tetapi (perkahwinan di antara) dua lelaki dan dua wanita tidak dianggap sebagai sebuah keluarga,” tegas beliau.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker