Bisnes & EkonomiTips Kewangan

4 Tabiat Ini Menyebabkan Belia Gagal Menabung

Baru-baru ini, 65,000 belia Malaysia telah diisytiharkan bankrap sejak 2013 dan itu benar-benar membimbangkan. Bagaimana golongan belia boleh bertindak melulu dan tidak bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan?

Berikut adalah empat penyebab utama yang menjadi punca mengapa golongan belia gagal dalam menguruskan perbelanjaan mereka dengan baik.

1. Terlalu aktif di media sosial

Adakah anda tahu bahawa rata-rata golongan milenium di Malaysia menghabiskan 27 jam seminggu melihat telefon mereka? Membandingkan statistik itu di seluruh dunia, ia adalah antara yang tertinggi! Ini adalah tidak baik untuk kewangan anda kerana:

  • 57% daripada milenial membelanjakan wang kerana apa yang mereka lihat di media sosial
  • 61% milenial merasa tidak mencukupi dengan apa yang mereka ada berdasarkan apa yang mereka lihat di media sosial
  •  88% milenial membandingkan hidup mereka dengan orang lain di media sosial

Kebanyakan mereka berasa tertekan untuk bersaing dan mempamerkan gaya hidup mewah. Lebih teruk lagi, banyak milenial Malaysia yang sanggup mengeluarkan wang simpanan mereka untuk menampung gaya hidup mewah ini seperti perjalanan luar negara, peralatan, fesyen dan produk kecantikan!

2. Obses dengan telefon pintar

Adakah anda tahu bahawa pengguna telefon pintar di Malaysia telah meningkat dua kali ganda sejak 2013? Menurut SKMM, 45.9% pengguna pada tahun 2017 adalah milenium, paling banyak di Malaysia! Dengan RM6.8 bilion yang dibelanjakan oleh rakyat Malaysia pada telefon pintar pada tahun 2016, SKMM menjangkakan perbelanjaan ini akan nmeningkat.

Apa yang membimbangkan ini adalah, secara statistik, kebanyakan daripada golongan milenium Malaysia cenderung untuk menaik taraf telefon setiap tahun seolah-olah hanya mengikut trend berbanding berdasarkan keperluan! Ada yang sanggup mendapatkan pinjaman peribadi hanya untuk mendapatkan telefon pintar baru RM4000+ apabila ada alternatif yang lebih murah dengan ciri-ciri yang serupa.

3. Menyimpan berbanding melabur

Satu lagi perkara yang kurang difahami milenial ialah faedah pelaburan. Kebanyakan golongan milenium Malaysia melihat pelaburan sebagai sesuatu yang tidak perlu dan leceh terutamanya disebabkan oleh penyelidikan yang perlu dilakukan sebelum mula melabur.

Apa yang kebanyakan kita tidak tahu adalah bahawa walaupun peningkatan hanya 1% dalam aset yang boleh dilaburkan secara purata, bermakna tambahan RM1 juta ringgit pada masa mereka mencapai umur persaraan!

4. Pinjaman kereta yang tinggi

Penyebab nombor satu golongan milenium bankrup adalah pinjaman kereta (26.63%). Tidak salah untuk memiliki sebuah kereta tetapi jika anda tidak mampu, tunda dahulu pembelian atau pilih kereta dengan harga yang berpatutan. Dengan itu, wang tambahan boleh digunakan untuk perkara penting lain seperti melabur untuk masa depan atau menubuhkan dana kecemasan.

Sumber: World of Buzz

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker