Gaya HidupKecantikan

Ini Adalah Cara Yang Betul Untuk Memakai Pomade

Percaya atau tidak, ramai lelaki di luar sana mungkin telah memakai produk rambut dengan cara yang salah. Bagaimana ia salah? Adakah terdapat teknik khusus dalam memakai produk rambut?

Tentu sekali! Jika anda pernah kecewa dengan gaya rambut yang tidak kekal lama, atau anda kerap kali perlu memakai produk rambut sepanjang hari, itu mungkin kerana anda tidak melakukannya dengan betul.

Jadi bagaimana teknik yang betul untuk memakai produk rambut? Menurut pakar, menyapu produk rambut dari belakang ke depan adalah bagaimana ia sepatutnya dilakukan.

“Apabila menyapu minyak rambut, anda perlu memulakannya di bahagian rambut yang paling lebat, biasanya di belakang kepala supaya membolehkan rambut anda menyerap lebih banyak produk,” kata Niko Weddle, pengaya rambut selebriti yang pernah bekerja dengan Reese Witherspoon , Abigail Breslin dan Jamie Chung.

“Ramai lelaki muda cenderung menumpukan perhatian pada bahagian atas, meninggalkan rambut di bahagian sisi dan belakang kelihatan kering.”

Langkah memakai produk rambut:

1. Sediakan rambut.

Selepas membasuh kepala, keringkan rambut anda sehingga tidak ada kelembapan. Kemudian, cuba tambah sedikit primer rambut dan semburkan sedikit sahaja. Ini akan menjadikan rambut mudah dibentuk, dan bersedia untuk penyerapan produk secara menyeluruh.

2. Ratakan produk di tangan anda.

Sama seperti bagaimana anda menyapu pelembap anda di tangan, anda perlu melakukan perkara yang sama untuk produk rambut supaya ia sama rata di seluruh rambut. Kebanyakan pomade adalah ‘wax’ yang pejal jadi menggosoknya di tangan anda membantu memanaskan produk dan menjadikannya lebih mudah disapu.

3. Dari belakang ke hadapan.

Ianya normal bagi lelaki untuk menyapu produk di bahagian atas terlebih dahulu, atau mungkin di mana-mana sahaja. Tetapi cara terbaik untuk menyapu pomade adalah dari belakang ke hadapan. Dengan bermula dari belakang, rambut yang lebih nipis di bahagian sisi dan atas akan lebih mudah untuk digayakan.

Jika anda mempunyai…

1. Rambut tebal, kasar atau kerinting:

Adalah lebih baik untuk meletakkan pomade pada rambut anda apabila ia masih lembap. Rambut adalah seperti span. Span lembap menyerap lebih banyak berbanding span kering. Produk akan menembusi rambut dengan lebih mendalam ketika rambut lembap. Rambut terus menyerap produk dan membentuk gaya sekaligus menjadikannya kelihatan lebih kemas.

2. Rambut halus atau nipis:

Untuk rambut yang lebih halus dan nipis, penyapuaan kering adalah cara yang terbaik supaya anda dapat melihat kesan produk yang anda gunakan. Terlalu banyak pomade pada jenis rambut ini boleh membuat rambut kelihatan tebal dan berminyak, jadi gunakan produk dengan cermat.

Sumber: Very Good Light

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker