Teknologi

Apa Hebatnya iPhone Xs, Xs Max dan Xr Ini?

Apple telah mengumumkan bahawa mereka bakal mengeluarkan 3 versi iPhone X terbaru iaitu iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr sekitar bulan September/Oktober ini.

Tetapi apakah kelainan yang ingin ditampilkan menerusi model-model ini?

Ketiga-tiga model ini dibina menerusi 3 faktor ini iaitu kepuasan saiz besar, lebih mampu milik dan nilai eksklusif iPhone itu sendiri.

Warna yang baru

Bagi iPhone Xs dan Xs Max, Apple masih mengekalkan warna asas iPhone X iaitu silver (perak), kelabu, dan gold (emas). Namun untuk model Xr, sebanyak 6 warna baru diperkenalkan iaitu putih, hitam, biru, coral, kuning dan merah.

Penambahbaikan pada OLED skrin iPhone Xs

Model Xs dan Xs Max bakal diperbaharui dengan skrin ‘Super Retina’. Skrin OLED sebesar 5.8 inci dengan resolusi 2436×1125 untuk Xs manakala skrin OLED sebesar 6.5 inci dengan resolusi 2688×1242 akan digunakan pada Xs Max.

A12 Bionic SoC

Processor terbaru yang lebih baik bakal digunakan untuk ketiga-tiga model terbaru iPhone ini berbanding processor A11 yang digunakan pada iPhone X. A12 dilaporkan 50% lebih pantas beroperasi dari processor sebelumnya

Pengimbas muka untuk unlock lebih pantas

Menggunakan processor A12, ketiga-tiga model ini menggunakan Face ID bagi membuka kunci telefon dan tiada lagi pengesan cap jari lagi. Apple menjelaskan teknologi Face ID terbaru mereka lebih selamat dan lebih pantas untuk digunakan.

Kamera baru

Penambahbaikan dari model iPhone X sebelumnya dengan bantuan Smart HDR yang memberikan imej yang lebih baik. Namun, tidak banyak perbezaan ketara bagi ketiga-tiga model terbaru ini dengan model X.

Ketahanan bateri

Xs Max memberikan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu  3174 mAh manakala 2942 mAh untuk Xr dan 2658 mAh untuk Xs. Sungguhpun begitu, ketiga-tiga model ini dilengkapi dengan pengecasan pantas dimana bateri mampu dicas sehingga 50% dalam masa 30 minit.

Harga yang.. sangat iPhone

Tidak dapat dinafikan harga pasaran untuk ketiga-tiga iPhone ini masih dikategori mahal namun ia berdasarkan minat anda untuk memiliki telefon ini.

iPhone Xr:

64GB: $749 (RM3,094)

128GB: $799 (RM3,300)

256GB: $899 (RM3,713)

iPhone Xs:

64GB: $999 (RM4,126)

256GB: $1,149 (RM4,746)

512GB: $1,399 (RM5,778)

iPhone Xs Max:

64GB: $1,099 (RM4,539)

256GB: $1,249 (RM5,159)

512GB: $1,449 (RM5,985)

Memperkenalkan Dual Sim

Untuk iPhone Xs Max di pasaran China (mungkin Asia) bakal dijual dengan versi dual sim kad. Ini kerana ia adalah agak biasa bagi pengguna telefon pintar membawa 2 telefon dengan 2 nombor berbeza di rantau Asia ini.

Seperti yang kita tau, iPhone merupakan sebuah peranti yang menjanjikan ciri-ciri ekslusif biarpun ia sering dikatakan mahal atau memiliki ciri yang sama dengan telefon Android di pasaran.

Namun, Apple menjaminkan kestabiliti dan pengalaman yang lebih lancar dengan mendalami sesuatu teknologi sebelum di sertakan dalam model-model terbaru iPhone.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker