Isu SemasaPolitikTempatan

Anwar Cemburu Tun Dr. Mahathir Jadi PM?

Umum mengetahui bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai masa silam yang ‘gelap’.

Walau bagaimanapun, kedua-dua tokoh politik itu telah bergabung semula apabila Dr. Mahathir bertindak keluar daripada UMNO pada tahun lepas, menyertai PH (pembangkang pada waktu itu), menubuhkan parti baru (PPBM), dan kemudian meraih kemenangan di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Namun baru-baru ini juga, Anwar telah membuat satu pengakuan yang amat mengejutkan.

Dalam satu sesi dialog bersama pelajar dari pelbagai kolej di Singapura yang berlangsung di Singapore Management University (SMU) pada Khamis, Anwar telah ditanya oleh seorang pelajar mengenai perasaannya ketika menonton upacara angkat sumpah Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.

Ini adalah jawapan beliau:

“Anda mahu saya jujur atau bercakap secara politik? Secara politik sudah tentu saya gembira, semua orang sangat gembira. Tengok, Mahathir angkat sumpah, era baru untuk Malaysia.

“Beliau (Mahathir) mengeluarkan kenyataan bahawa sejurus Pakatan Harapan menang (PRU14), mereka akan mengemukakan permohonan kepada YDP Agong untuk memberi pengampunan kepada saya.

“Tetapi, saya juga rasa saya sepatutnya berada di situ (dilantik menjadi PM). Betul, saya ada rasa begitu. Saya tak berbohong kepada anda, saya ada rasa begitu – sepatutnya saya, bukan kamu (Dr Mahathir),” katanya, memetik laporan Channel News Asia.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir telah bersetuju bahawa beliau hanya akan mentadbir Malaysia selama tempoh dua tahun sebelum memberi laluan kepada bekas anak didiknya itu untuk mengambil alih tugasnya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Namun begitu, Anwar masih perlu memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang akan berlangsung pada 13 Oktober ini terlebih dahulu memandangkan beliau kini bukan seorang Ahli Parlimen.

Adakah Anwar akan berjaya? Kita tunggu dan lihat.

 

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker