Isu SemasaPolitikTempatan

Anwar Cemburu Tun Dr. Mahathir Jadi PM?

Umum mengetahui bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sejarah silam yang ‘gelap’.

Walau bagaimanapun, kedua-dua tokoh politik ini telah bergabung semula apabila Dr. Mahathir keluar daripada UMNO pada tahun lepas, menubuhkan parti baru (PPBM), dan kemudian bertanding di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang membawa kepada kemenangan Pakatan Harapan.

Namun baru-baru ini juga, Anwar telah membuat satu pengakuan yang amat mengejutkan.

Dalam satu sesi dialog bersama penuntut dari pelbagai kolej di Singapura yang berlangsung di Singapore Management University (SMU) pada Khamis, Anwar telah ditanya oleh seorang pelajar mengenai perasaannya ketika melihat upacara angkat sumpah Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-7 Malaysia pada 10 Mei lalu.

“Anda mahu saya jujur atau bercakap secara politik? Secara politik sudah tentu saya gembira, semua orang sangat gembira. Tengok, Mahathir angkat sumpah, era baru untuk Malaysia.

“Beliau (Mahathir) mengeluarkan kenyataan bahawa sejurus Pakatan Harapan menang (PRU14), mereka akan mengemukakan permohonan kepada YDP Agong bagi mendapatkan pengampunan (untuk saya).

“Tetapi, saya rasa saya sepatutnya berada di situ (menjadi PM). Saya tak berbohong kepada anda, saya ada rasa begitu – sepatutnya saya, bukan kamu (Dr Mahathir),” katanya, memetik laporan Channel News Asia.
Walau bagaimanapun, Dr. Mahathir telah bersetuju bahawa beliau hanya akan menjadi pemimpin selama dua tahun, dan kemudian akan memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang ke-8.

Namun, Anwar perlu memastikan beliau dapat meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober ini terlebih dahulu memandangkan beliau masih belum menjadi Ahli Parlimen.

Adakah beliau akan berjaya? Kita tunggu dan lihat.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker