Sukan

Allegri Kesal Ketiadaan VAR Sebabkan Kad Merah Ronaldo

Jurulatih Juventus Massimiliano Allegri mengungkit ketiadaan Pembantu Pengadil Video (VAR) selepas Cristiano Ronaldo dilayangkan kad merah dalam perlawanan pertamanya di Liga Juara-Juara bersama kelab baharunya itu ketika menentang Valencia pada awal pagi Khamis.

Ronaldo kelihatan menangis apabila dilayangkan kad merah itu pada minit ke-29 di Stadium Mestalla akibat perbalahan di antara dirinya dengan pemain pertahanan Valncia Jeison Murillo.

Walaupun tanpa Ronaldo, Juve masih memenangi perlawanan itu  dengan mata 2-0 terima kasih kepada dua gol penalti daripada Miralem Pjanic.

Keputusan yang diambil pengadil dari Jerman, Felix Byrch kelihatan tidak setimpal. Murillo mengekori Ronaldo ke dalam kotak penalti dan kemudiannya bergesel sesama sendiri, Ronaldo kemudian dilihat seperti menyepak lawannya itu sehingga terjatuh. Ronaldo kemudian menghayun tangannya melepasi kepada Murilo, isyarat kepada Murillo menyuruhnya untuk bangun.

UEFA masih belum mengambil keputusan bagaimana untuk menghakimi kesalahan Ronaldo, tetapi akan terlepas perlawanan seterusnya di Liga Juara-Juara menentang Young Boys di laman sendiri pada 2 Oktober nanti. Selepas itu mereka akan berdepan lawan yang lebih sukar menentang Manchester United.

“Apa yang saya boleh katakan adalah VAR pasti dapat membantu pengadil membuat keputusan yang tepat,” ujar Allegri selepas perlawanan itu.

“Bermain dengan 10 orang pemain di Liga Juara-Juara akibat kemalangan seperti itu adalah mengecewakan. Kami berisiko untuk kalah malam ini disebabkan perkara itu dan kami akan kehilangan khidmatnya di perlawanan seterusnya juga.”

UEFA telah menyatakan mereka merancang untuk menggunakan VAR di perlawanan-perlawnan besar Eropah musim hadapan, selepas teknologi itu digunakan, dengan jayanya, di Piala Dunia yang lepas.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker