AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Tak Sangka PM Kemboja Sanggup Buat Benda Ni Dekat Ketua Pembangkang

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen baru-baru ini telah melakukan perkara yang tidak dijangka oleh ramai pihak.

Memetik laporan AFP, beliau telah membebaskan musuh ketatnya, Kem Sokha yang merupakan ketua pembangkang di negara itu selepas setahun menjalani hukuman penjara.

Difahamkan sebelum ini, Sokha telah disabitkan bersalah melakukan “pembelotan” dan mahu menggulingkan kerajaan.

Bukan itu sahaja, malah parti pimpinannya, Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNPR) juga telah dibubarkan secara paksa oleh kerajaan pentadbiran Hun Sen sekali gus tidak dapat bertanding dalam pilihan raya yang berlangsung pada bulan Julai lalu.

Disebabkan ‘ketidakadilan’ itu, Kesatuan Eropah (EU) mengancam untuk menghentikan Perjanjian Perdagangan Keutamaan (PTA) di bersama Kemboja, di mana negara itu berpotensi mengalami kerugian bernilai AS$ 700 juta (RM 2.8 bilion) setiap tahun.

Pembubaran CNPR turut menyumbang kepada kemenangan besar parti pemerintah, Cambodian People’s Party (CPP) memandangkan tiada pesaing hebat yang dapat mencabarnya.

Walau bagaimanapun, ramai pihak yang mempersoalkan mengapa Hun Sen memutuskan untuk membebaskan Sokha.

Terdapat spekulasi yang mendakwa bahawa perdana menteri itu akhirnya terpaksa “tunduk” terhadap tekanan antarabangsa selepas sekian lama mengalami kecaman bertubi-tubi.

Namun, Hun Sen menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya, dan menegaskan bahawa beliau berbuat demikian atas dasar kemanusiaan dan bimbang terhadap keadaan kesihatan dan keselamatan pesaingnya itu.

Malah ujar beliau lagi, pembebasan Sokha juga bukanlah bermakna ketua pembangkang itu “bebas sepenuhnya.”

“Ia hanya perubahan lokasi penahanan kerana sekiranya beliau (Sokha) meninggal dunia di dalam penjara, ia akan mendatangkan masalah kepada kerajaan,” katanya.

Difahamkan, Sokha telah menjalani tempoh hukumannya selama setahun lebih di sebuah penjara yang terletak berdekatan sempadan Vietnam.

Sepanjang penahanannya juga, beliau tidak diberi peluang untuk diikat jamin walaupun peguam-peguamnya menjelaskan bahawa Sokha menghidap penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Walaupun sudah keluar dari penjara, Sokha perlu mematuhi beberapa syarat yang amat ketat, iaitu:

1. Beliau hanya dibenarkan untuk berada di dalam radius kawasan tempat kediamannya

2. Dilarang berjumpa dengan warga asing

3. Tidak dibenarkan untuk menganjurkan sebarang perhimpunan politik

Menurut peguamnya, Meng Sopheary, ketua pembangkang itu telah mengambil ubat untuk penyakitnya setiap hari, namun beliau masih memerlukan pemeriksaan kesihatan penuh.

“Beliau (Sokha) akan gembira sekiranya diberi kebebasan penuh,” kata Sopheary.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker