AntarabangsaIsu Semasa

India: Lafaz Talak Tiga, Suami Bakal Dihukum

Kabinet India meluluskan arahan eksekutif untuk menjadikan perceraian talak tiga dalam kalangan penduduk Islam sebagai kesalahan yang boleh dikenakan hukuman.

Ia dibuat ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi, berusaha mendapatkan perhatian pengundi wanita Islam.

Mahkamah Agung mengharamkan amalan itu tahun lalu tetapi kerajaan pimpinan Modi mahu menjadikan ia kesalahan yang tidak boleh diikat jamin yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, susulan bantahan dilakukan wanita Islam.

Menteri Undang-Undang Persekutuan, Ravi Shankar Prasad, memberitahu sidang akhbar Kabinet meluluskan arahan berkenaan kerana amaran itu terus berlaku walaupun diharamkan mahkamah.

Ogos tahun lalu, Mahkamah Agung memutuskan undang-undang tidak mengikut Perlembagaan yang membolehkan lelaki Islam menceraikan isteri mereka dengan cuma melafazkan perkataan ‘talak’ atau ‘cerai’ dalam bahasa Arab sebanyak tiga kali.

Kerajaan cuba meluluskan perundangan untuk mengharamkan prosedur itu.

Dalam ucapan Hari Kemerdekaan bulan lalu, Modi berkata beliau tidak akan berhenti sehingga mereka mendapat keadilan, merujuk kepada wanita.

 

Sumber: Reuters

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker