FesyenGaya Hidup

4 Panduan Gaya Untuk Lelaki Kurus Tinggi

Satu-satunya sebab anda membaca artikel ini adalah kerana anda kurus dan telah melakukan segala-galanya untuk kelihatan berisi tetapi tidak berjaya. Jangan risau, anda tidak perlu berasa teruk kerana kebanyakan orang iri hati dan ingin mendapat badan yang kurus.

Apa yang perlu anda lakukan adalah membetulkan cara penampilan anda. Simpan 4 tip gaya ini dalam minda setiap kali anda memilih pakaian untuk diri sendiri.

1. Pilih saiz yang betul

Related imageDengan segala cara, anda perlu berhenti memakai baju “slim-fit”. Anda perlu menampilkan imej yang lebih berisi dan itu hanya boleh dilakukan apabila anda mengetahui saiz pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh anda. Jangan pilih pakaian yang terlalu kecil atau pakaian yang terlalu besar. Pakai baju yang bersaiz sederhana dan pilih satu saiz lebih besar daripada yang biasa anda pakai.

2. Kenal pasti pakaian yang sesuai

Image result for skinny men wearing blazerJaket atau blazer akan membuatkan anda kelihatan kemas dan lebih besar. Jaket juga membantu bahu anda kelihatan lebih luas daripada biasa dan membuat anda kelihatan tegap. Bagi sesetengah orang, seluar slack atau seluar jeans boleh melakukan keajaiban kepada kaki mereka yang kelihatan panjang. Kenal pasti pakaian yang membuat anda kelihatan lebih besar dan gayakannya.

3. Layering adalah teknik terbaik

Image result for layering clothes men for summerLayering tidak semestinya anda perlu memakai lima lapisan baju. Untuk cuaca di Malaysia, lapiskan pakaian anda dengan memakai kain ringan. Jadi, 2 hingga 3 lapisan sudah memadai dan lengkapkan lapisan teratas dengan jaket supaya anda boleh membuka butangnya. Pastikan anda memakai warna yang ‘light’ di dalam dan selaraskan setiap lapisan dengan warna yang sesuai supaya anda tidak kelihatan seperti pelangi.

4. Warna dan corak main peranan

Related imagePerkara paling mudah yang anda boleh lakukan untuk kelihatan berisi adalah dengan memilih warna dan corak yang betul. Pilih warna, corak dan tekstur fabrik yang menambah jisim kepada penampilan keseluruhan anda.

Ramai orang tahu bahawa warna-warna gelap akan membuatkan pemakainya kelihatan kurus, tetapi hanya sedikit yang mengetahui warna yang lebih lembut mempunyai kesan yang bertentangan.

Satu lagi sebab warna lembut akan berfungsi dengan lebih baik untuk anda adalah kerana ia berfungsi untuk menonjolkan otot semulajadi anda. Anda mungkin tidak mempunyai otot yang besar, tetapi memakai pakaian yang berwarna lembut masih boleh memberi perhatian kepada mereka.

Memakai t-shirt dengan jalur mendatar pula boleh membuat dada anda kelihatan lebih besar dan bahu anda lebih luas kerana jalurnya akan lebih lebar pada bahagian badan atas sekaligus membantu menyerlahkan bentuk V anda.

Sumber: Mens XP

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker