Sukan

Klopp Kagum Dengan Persembahan Sturridge

Kerjaya Daniel Sturridge dilihat seperti sudah pun berakhir pada musim lepas. Tetapi penyerang Liverpool itu menunjukkan pada awal pagi Rabu bahawa dia masih lagi mempunyai tugas penting selepas mengambil peluang yang terhidang sewaktu dipilih menjadi kesebelasan pertama, sesuatu yang jarang berlaku buat dirinya, di dalam perlawanan Liga Juara-Juara di mana mereka menang menentang Paris St Germain.

Roberto Firmino dari Brazil diletakkan di bangku simpanan selepas mengalami kecederaan pada mata dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur, sekaligus memberi laluan kepada Sturridge untuk memulakan perlawanan.

Ia adalah perlawanan pertama di mana pemain berusia 29 tahun itu disenaraikan sebagai pilihan pertama buat Liverpool di dalam kancah Liga Juara-Juara sejak dia bersama Chelsea pada tahun 2012.

“Ia adalah permainan yang sangat bagus buat Daniel,” ujar pengurus Liverpool Jurgen Klopp selepas perlawanan pembukaan Kumpulan C.

“Tiga pemain di bahagian tengah juga turut bermain dengan baik tetapi mereka hanya boleh melakukan seperti itu apabila bahagian serangan bermain seperti malam ini, dan di posisi nombor sembilan, Daniel bermain dengan baik. Dia sedang berada dalam keadaan terbaik darisegi fizikal sejak saya mengenalinya,” tambah pengurus dari Jerman itu.

Pemain penyerang itu menghabiskan separuh terakhir musim lepas dipinjamkan ke West Bromwich Albion ketika mereka bertungkus-lumus mengelak dari digugurkan dari Liga Perdana Inggeris, namun sia-sia, dan agak mengejutkan dia kembali ke bawah kendalian Klopp sewaktu pra-musim.

Pengurus Liverpool itu mempunyai banyak lagi pilihan penyerang pada musim lepas, tetapi selepas Danny Ings dipinjamkan ke Southampton dan Dominic Solanke dan Divock Origi mengalami kecederaan, tinggallah Sturridge yang boleh menggantikan Firmino.

Dia membalas panggilan itu dengan membuka jaringan pada minit ke-30 dengan satu tandukan cantik dan di sepanjang permainan, Sturridge memberi ancaman fizikal kepada pihak lawan.

Firmino yang telah cukup pulih untuk diturunkan dari bangku simpanan dan menjaringkan gol kemenangan di minit-minit terakhir perlawanan, tetapi Klopp tetap berpuas hati dengan kedua-dua penyerangnya, terutama selepas pemain dari Brazil itu dilihat berkemungkinan untuk tidak dapat diturunkan langsung.

“Kelmarin, tiada peluang langsung buat Firmino untuk diturunkan. Kami hanya ada satu sesi latihan pada pagi ini bersama Bobby, tetapi tiba masanya anda perlu memberikan kepercayaan kepada skuad anda, ianya seronok dapat melihat Daniel bermain pada malam ini dan dia membayar balik dengan bermain 100 peratus. Kemudian dapat menurunkan Bobby pada minit ke-70 juga adalah bagus,” ujar Klopp.

Klopp berpuas hati dengan cara anak buahnya bermain berdepan juara Perancis, Paris St Germain dan mengatasi trio penyerang mereka Neymar, Kylian Mbappe dan Edinson Cavani.

“Ianya bagus, sangat bagus. Adalah sukar untuk bertahan tetapi kami dapat melakukannya. Kesemua sebelas pemain turut terlibat dalam kemenangan itu. Ia adalah satu pertunjukan yang sangat kuat dan ia amat diperlukan. Suasana di dalam stadium juga sangat bagus, sangat istimewa. Ia sangat bagus.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker