Sains

Bagaimana Burung Kakak Tua Boleh Bercakap Macam Manusia?

Burung kak tua sebenarnya tidak pandai bercakap tetapi mereka pandai meniru perkataan atau bunyi yang dikeluarkan oleh manusia.

Jadi bagaimana mereka boleh bercakap?

Burung kakak tua ini pandai meniru perkataan berbanding burung-burung lain kerana mereka memiliki otak yang lebih besar dari burung lain serta memiliki pendengaran yang sangat baik.

Oleh itu mereka lebih pandai untuk meniru pertuturan manusia.

Apakah yang menyebabkan bunyi yang dikeluarkan sama seperti manusia?

Burung ini juga memiliki otot lidah dan alat vokal yang membolehkan mereka mengeluarkan bunyi lebih dari sekadar bunyi kicauan burung dan menghasilkan bunyi seperti manusia.

Namun, apakah kebaikan mereka diberi kelebihan seperti ini oleh Sang Pencipta?

Menurut Tim Wright, pakar haiwan dari Smithsonian National Zoo di Washington D.C., burung kakak tua yang suka bercakap ini sangat baik untuk kemandirian mereka di dalam hutan. Ini kerana mereka selalunya duduk berjauhan antara satu samala lain.

Burung ini akan berkomunikasi dengan bahasa mereka sendiri untuk mengenal rakan dan yang lain. Namun, kerana mereka pandai meniru suara, ia tidak mustahil bagi mereka untuk masuk ke dalam kumpulan burung lain dengan meniru suara mereka.

Ada yang bertanyakan topik perbualan mereka yang digemari.

Wright percaya ia seperti politik di pejabat.

Mereka berbincang tentang siapa yang bakal menjadi ketua dan siapa pula akan menjadi pengikut.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker