Sukan

Malaysia Satu Misteri Kepada Tajikistan

Tajikistan tidak tahu apa-apa mengenai Malaysia walaupun Kejuaraan Bawah-16 AFC semakin hampir.

Pasukan dari Tengah Asia itu tidak mempunyai maklumat yang cukup mengenai asukan kendalian Lim Teong Kim, yang bakal menemui mereka di perlawanan pembukaan Kumpulan A pada hari Khamis nanti di Bukit Jalil. ini kerana keputusan jurulatih Malaysia itu untuk menggunakan barisan pemain yang diambil menerusi vampur dan padan di Kejuaraan Bawah-16 tahun AFF bulan lepas.

Jurulatih Tajikistan Zainidin Rakhimov mengakui Malaysia adalah satu misteri buatnya.

”Sejujurnya, kami tidak tahu bangak mengenai Malaysia. Apa yang kami boleh lakukan adalah menganalisa perlawanan merek sebelum iniyang dibarisi pemain-pemain yang dipilih secara campur dan padan, kemudian melakar strategi seadanya.

”Kami tidak melakukan apa-apa yang istimewa untuk pertandingan ini, tetapi saya gembira dengan persiapan yang telah dibuat. Matlamat kami adalah untuk bermain bola sepak yang menghiburkan.

”Cuaca di sini menjejaskan pemain kami dan mereka menjadi letih denagn cepat sewaktu latihan. Sehingga hari ini ia masih lagi satu masalah, tetapi saya percaya mereka akan dapat membiasakan diridengan keadaan cuaca di sini sebelum perlawanan pembukaan..

”Kami akan fokus kepada satu perlawanan dalam satu masa dan mrngharapkan keputusan yang baik,”tambah Rakhimov.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker