AntarabangsaIsu Semasa

Hanya Azan Yang Boleh Disiarkan di Masjid Indonesia

Kecuali untuk azan, masjid-masjid di Indonesia telah diminta untuk tidak menyiarkan bunyi ketika kebanyakan orang sedang tidur, berehat, dan bersembahyang.

Masjid juga telah diminta untuk tidak menaikkan bunyi pembesar suara ketika sedang menunaikan solat, lapor akhbar The Star.

Kementerian Hal Ehwal Ugama Indonesia telah mengeluarkan pekeliling mengenai azan, dengan garis panduan mengenai masa dan bagaimana ia patut disiarkan oleh masjid di seluruh negara.

Digelar “Penggunaan pembesar suara di Masjid, Langgar, dan Musholla”, pekeliling yang dikeluarkan pada hari Jumaat (24 Ogos) menggesa institusi keagamaan untuk mematuhi arahan ketua pengarah Islam. Langgar dan Musholla adalah istilah yang digunakan di Indonesia untuk tempat bersolat.

Pekeliling ini dikeluarkan ketika orang ramai mengadakan bantahan terhadap hukuman penjara yang dikenakan kepada seorang wanita beragama Buddha yang mengadu bunyi azan kepada jirannya.

Wanita itu yang bernama Meliana, mengadu kepada jirannya pada 2016 tentang bunyi azan yang disiarkan oleh sebuah masjid dekat rumahnya di Sumatera utara.

Tetapi jiran itu memberitahu orang lain tentang hal itu dan kemudian khabar angin tersebar mengatakan bahawa Meliana cuba mengharamkan azan.

Kemarahan yang terhasil telah membawa kepada kekecohan oleh umat Islam terhadap beberapa kuil Buddha yang dipercayai sebagai keganasan anti-Cina yang paling teruk di negara itu sejak tahun 1998.

Selepas Meliana dijatuhi hukuman pada hari Selasa (28 Ogos), kumpulan masyarakat dan peguam sivil mengecam keputusan itu sebagai berlebihan dan keterlaluan.

Dua organisasi Islam terbesar di Indonesia, Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah, juga mempersoalkan hukuman yang dikenakan terhadap wanita itu.

Arahan kementerian hal ehwal agama mengenai azan adalah seperti berikut:

  1. Pembesar suara di masjid harus dikendalikan oleh kakitangan yang berpengalaman untuk mengelakkan sebarang gangguan bunyi lain yang berpotensi menimbulkan antipati terhadap masjid.
  2. Mereka yang melaungkan azan mesti mempunyai suara yang merdu dan baik.
  3. Jangan menaikkan bunyi pembesar suara ketika bersolat.
  4. Kecuali untuk azan, jangan menyiarkan bunyi lain apabila kebanyakan orang sedang tidur, berehat, dan bersembahyang.
  5. Azan mesti memenuhi keperluan asas termasuk melodi dan senang untuk didengari.
  6. Azan hendaklah disiarkan pada waktu yang sesuai seperti semasa solat subuh pada waktu subuh. Aktiviti-aktiviti seperti bacaan Al-Quran hanya menggunakan pembesar suara dalaman sahaja.
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker