Bisnes & Ekonomi

Bagaimana Fortnite Menjadikan Tim Sweeney Jutawan

Tim Sweeney menjadikan permainan Fortnite sebuah fenomena dengan melakukan sesuatu yang diluar jangkaan dan strategi itu menjadikan beliau seorang jutawan.

Dalam industri dengan pelbagai saingan seperti Candy Crush dan Pokémon Go, populariti Fortnite tidak menghairankan tetapi pendapatannya adalah sesuatu yang menakjubkan.

Antara keluaran versi semasa pada bulan September dan akhir bulan Mei, Fortnite telah mengaut lebih dari US $ 1.2bil (RM4.87bil), menurut SuperData Research. Sehingga awal bulan Jun, ia telah dimainkan oleh 125 juta orang.

Walaupun kebanyakan permainan seperti itu mendapat populariti sementara selepas pelancaran, Fortnite masih menerima berjuta-juta pengguna baru selepas enam bulan, semuanya kerana grafik yang menarik.

Sebagai permainan yang bersifat sosial, Fortnite adalah fenomena global yang dimainkan oleh setiap lapisan umur termasuk kanak-kanak, artis, atlet profesional dan akauntan pertengahan umur.

Ia adalah permainan pertarungan watak kartun di mana para pemain bertembung satu sama lain dalam satu perjuangan untuk merebut senjata, sumber dan kelangsungan hidup.

Image result for fortnite tim sweeney

Fortnite bermula sebagai produk berbayar. Dilancarkan pada bulan Julai 2017 sebagai versi US $ 40 (RM162) di mana pemain membina benteng untuk mempertahankan diri daripada gerombolan zombie.

Permainan itu kemudian mencipta fenomena selepas Epic Games Inc , milik Sweeney sendiri, melancarkan Fortnite secara percuma dan mula mengutip royalti jualan dari permainan yang dibuat menggunakan perisian itu.

Dibesarkan di pinggir bandar Potomac, Maryland, Tim Sweeney menunjukkan kemahiran awal untuk reka bentuk dan perniagaan permainan. Pada usia 11 tahun, beliau mengajar dirinya menggunakan program komputer Apple keluarga dan membuat hobi memecahkan barangan elektronik.

Pada usia 15, Sweeney berhenti kerja di sebuah kedai perkakasan setelah mendapati semua orang membuat upah yang sama tanpa mengira betapa kerasnya mereka bekerja. Sebaliknya, beliau meminjam traktor ayahnya dan mula memotong rumput. Sweeney mula merancang permainannya sendiri pada umur 21 tahun.

“Tim Sweeney adalah seorang legenda. Dia seorang yang rajin dan mempunyai visi yang jelas tentang apa yang dia mahu lakukan,” kata Joost van Dreunen, ketua pegawai eksekutif SuperData Research Holdings Inc.

Walaupun Fornite menawan berjuta-juta pemain, Sweeney sendiri bukanlah seorang peminat permainan itu. Selepas krisis kewangan, beliau membeli beribu-ribu ekar tanah kebanyakannya di pergunungan, yang bertujuan untuk membuat perlindungan alam.

Sweeney yang masih bujang mengatakan beliau tidak pernah makan di bilik makan yang elegan dan lebih suka menikmati Burger King. Beliau juga pernah memiliki beberapa kereta sukan, termasuk Lamborghini, tetapi telah menjual kebanyakannya dan memandu Corvette 2019. – Bloomberg

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker