BudayaGaya Hidup

Ritual Melempar Bayi Dari Bumbung di India

Sejauh mana anda sanggup lakukan untuk adat dan budaya? Sesetengah keluarga di luar Bandar India, dari kedua-dua penganut agama Hindu dan Islam, sanggup membiarkan bayi mereka dilempar dari bumbung tempat ibadah, untuk ditangkap di atas katil yang dibentangkan kira-kira 30 kaki di bawah.

Ritual lama yang popular di daerah Maharashtra dan Karnataka, bermula pada hampir 700 tahun lalu, pada masa kematian bayi yang tinggi, pengetahuan perubatan kurang dan kekurangan bantuan.

Legenda mengatakan bahawa seorang alim menasihatkan ibu bapa yang mana bayinya sedang sakit untuk membina sebuah rumah ibadah dan menjatuhkan bayi itu dari bumbung untuk menunjukkan kepercayaan mereka kepada tuhan.

Apabila mereka berbuat demikian, bayi-bayi itu secara ajaib akan dibawa ke tempat selamat dalam lembaran seperti buaian yang muncul di tengah-tengah udara.

Sejak dari itu, doa untuk kelahiran bayi yang sihat di rantau tersebut telah bertukar menjadi janji untuk melemparkan bayi sebagai persembahan kepada tuhan yang menerima doa tersebut.

Penduduk kampung percaya bahawa upacara itu dapat menjamin umur yang panjang dan nasib baik, dan percaya bahawa ia tidak membahayakan.

Amalan itu pernah diselar pada tahun 2009, apabila video yang diedarkan secara meluas di Baba Umer Dargah, sebuah kuil di Solapur, Maharashtra, mendorong Suruhanjaya Kebangsaan Perlindungan Hak Kanak-kanak untuk campur tangan. Suruhanjaya itu menyiasat dan memerintahkan supaya aktiviti tersebut dihentikan.

“Kami tidak menyokong amalan tahyul ini. Ia bertentangan dengan keperluan kanak-kanak. Mereka mungkin benar-benar takut dan tiada siapa yang tahu bagaimana ia boleh menjejaskan jiwa mereka,” kata G. Mohanty, penasihat media di suruhanjaya itu.

Pegawai berkata, amalan itu adalah menyalahi undang-undang di bawah undang-undang hak kanak-kanak India, dan pihak berkuasa polis tempatan di Solapur mengatakan mereka tidak menerima apa-apa laporan mengenai amalan itu sejak tahun 2010.

Walau demikian, saksi-saksi mengatakan ritual itu masih dijalankan secara kecil-kecilan di sesetengah kampung, termasuk dalam Mangasuli, di mana Lord Khandoba, avatar Shiva, disembah oleh Hindu sebagai dewa keluarga.

“Amalan ini berterusan sepanjang tahun, dan bayi dilambung dalam tempoh dua bulan setelah dilahirkan,” kata Javed Fardin Akhtar, seorang penduduk di kota Sangli yang mengatakan dia menyaksikan ritual itu di Mangasuli pada April 2016.

Encik Akhtar berkata bahawa ritual itu sebenarnya bukan dilakukan oleh ibu bapa, tetapi oleh penganut berpengalaman tempat ibadah.

Selepas dilempar dari bumbung, bayi-bayi itu akan dikembalikan dengan pantas kepada ibu bapa mereka yang menunggu dengan cemas bersama-sama penduduk kampung yang bersorak di bawah. – NY Times

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker