Hiburan

DC Kehilangan Superman dan Batman?

Nampaknya DC Extended Universe (DCEU) sedang mengalami masalah besar. Laporan baru mendedahkan Henry Cavill bakal meninggalkan sut Superman untuk selama-lamanya, tetapi dia mungkin bukan satu-satunya pelakon yang akan meninggalkan DCEU.

Terdahulu, The Reporter Hollywood mendedahkan Cavill tidak lagi akan menjayakan watak Superman selepas memasuki francais filem itu menerusi Man of Steel pada tahun 2013.

Laporan itu mengatakan Warner Bros berpisah dengan pelakon itu selepas rundingan untuk Cavill muncul dalam filem Shazam! menemui kegagalan.

Paling mengejutkan, DC bukan sahaja bakal kehilangan Superman, malah Batman juga! Ben Affleck yang melakonkan watak Batman dijangka tidak akan memainkan peranannya untuk filem Batman yang akan datang.

Setakat ini Warner Bros belum menyiarkan sebarang komen rasmi mengenai status Cavill, apalagi Affleck, tetapi khabar angin tentang kehilangan pelakon Batman telah lama tersebar.

Khabar angin mula bertiup apabila Ben Affleck dikatakan tidak lagi mengarahkan filem terbaru francais itu, The Batman. Akhirnya, pengarah Matt Reeves dibawa oleh Warner Bros untuk mengarahkan filem solo itu tetapi Affleck dikatakan menggunakan peluang itu untuk bersara daripada menjadi Batman.

Related image

Bagaimanapun, teori-teori ini mula hangat di talian dalam beberapa bulan kebelakangan ini apabila penulis Forbes, Mark Hughes mendedahkan apa yang sebenarnya sedang berlaku di dalam DCEU.

Apabila ditanya oleh peminat mengenai tugas Affleck dalam The Batman, Hughes berkata pelakon itu tidak terlibat.

“Ben Affleck bukan Batman dalam filem ini. Sehingga sekarang, tidak ada rancangan untuk melibatkan Affleck dan dia sebenarnya telah merancang untuk keluar dari DCEU selama berbulan-bulan,” jelas wartawan itu.

“Saya tahu peminat tidak suka mendengar ini, tetapi sudah tiba masanya untuk mempersiapkan diri untuk menonton Batman tanpa Affleck,” tambah wartawan itu lagi.

Hughes telah ditanya soalan susulan mengenai sama ada dakwaannya itu adalah rasmi atau tidak. Penulis itu kemudian mengatakan dia tidak dapat membuat kenyataan rasmi kerana dia tidak ada kaitan dengan Warner Bros, tetapi Hughes menekankan kebingungan itu bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilihat.

“Saya tidak dapat ‘mengisytiharkan’ secara rasmi kerana saya tidak bekerja di Warne Bros. Tetapi kita semua tahu perkara ini akan berlaku dan ia bukan sesuatu yang baru.”

Orang dalam studio memberitahu The Hollywood Reporter bahawa eksekutif mahu melakukan “set semula” pada filem-filem superhero mereka.

Berita juga telah melaporkan bahawa bintang Black Panther, Michael B. Jordan mungkin akan menjadi pengganti Cavill sebagai Superman.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker