Gaya HidupKerjaya

Adakah Anda Tahu Bahawa Tak Semua Peguam Masuk Mahkamah?

Bila sebut ‘peguam’ atau ‘lawyer’ je kebanyakan masyarakat kita pasti akan terus bayangkan orang berpakaian putih dan hitam dan keluar masuk mahkamah.

Tapi menurut laman asklegal.my, peguam ini sebenarnya terbahagi kepada beberapa jenis.

  1. Litigation lawyer’ – mereka inilah yang kita selalu bayangkan atau nampak di TV. Masuk mahkamah dan bahas kes.
  2. Conveyancing lawyer‘ – mereka ini tidak masuk mahkamah tetapi lebih kepada kertas kerja seperti menyelesaikan hal-hal undang-undang macam pembelian tanah, rumah, dan sebagainya.
  3. In-house lawyer‘ – peguam ini bekerja secara eksklusif untuk syarikat yang menggaji mereka.
  4. Peguam syariah – mereka ini mengendalikan hal berkaitan agama Islam dan ia berbeza mengikut negeri kerana hal-hal keagamaan ditetapkan mengikut setiap negeri dan bukannya keputusan kerajaan persekutuan.

Selain itu para peguam ini juga mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Oleh itu jika anda mahu cari peguam, anda perlu tahu bidang kepakaran masing-masing. Antara bidang kepakaran para peguam ini ialah:-

  1. Corporate lawyer atau Business Lawyer
  2. Employment & Labour Lawyer
  3. Finance & Securities Lawyer
  4. Merges & Acquisitions Lawyer (M&A)
  5. Intellectual Property Lawyer (IP)
  6. Family Lawyer
  7. Estate Planning Lawyer
  8. Tax Lawyer
  9. Criminal Defense Lawyer
  10. Traffic Lawyer
  11. Personal Injury Lawyer
  12. Bankcruptcy Lawyer
  13. Civil Litigation Lawyer
  14. Digital Media & Internet Lawyer
  15. Entertainment Lawyer
  16. Immigration Lawyer
  17. Legal Malpractice or Professional Responsibility Lawyer
  18. Real Estate Lawyer

Walau bagaimanapun, untuk menjadi seorang peguam ia bukan sekadar mendapat ijazah  sahaja tetapi anda perlu melalui ‘chambering’ untuk memperoleh lesen lalu lulus peperiksaan Bar dan akhirnya mendapatkan Sijil Amalan Guaman terlebih dahulu.

Jangka masa bagi peguam yang mendapat lesen di Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak pula adalah berlainan. Di Semenanjung biasanya ia memakan masa 9 bulan manakala di Sabah dan Sarawak ia mengambil msa 12 bulan.

Bagi peguam yang dapat lesen di Sabah dan Sarawak tak boleh terlibat dengan apa-apa kes di Semenanjung dan juga sebaliknya.

Untuk mereka yang berminat untuk sambung belajar ke luar negara pula, anda harus periksa terlebih dahulu status universiti tersebut dengan  LPQB atau Legal Profession Qualification Board.  Ini kerana Malaysia hanya memperakui ijazah daripada beberapa negara sahaja. Oleh itu, pastikan universiti yang anda mohon sama ada terdapat dalam senarai LPQB sebelum melanjutkan pelajaran.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker