Isu SemasaTempatan

1,500 Wanita Malaysia Ditipu Dalam Sindiket Penipuan Cinta

Satu sindiket penipuan melalui media sosial Facebook yang dikenali Love Scam telah melibatkan seramai 1,500 mangsa wanita sehingga mengakibatkan mereka kerugian wang tunai.

KOSMO! melaporkan bahawa kira-kira 1,500 golongan wani­ta yang kesunyian telah ditipu atau dalam proses menjadi mangsa sindiket penipuan cinta di Facebook yang setakat ini mengaut setengah juta ringgit daripada mereka.

Selepas mendapat kepercayaan mangsa, sindiket tersebut akan memulakan langkah seterusnya iaitu membuat janji untuk mengirimkan parcel ataupun barangan berharga sebagai tanda perhubungan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) (Jenayah Siber Dan Multimedia) Bukit Aman, Datuk Ahmad Noordin Ismail berkata, 25 suspek ditahan dalam beberapa serbuan di Lembah Klang baru-baru ini dalam tindakan keras terhadap penipuan cinta dalam talian.

“Bagaimanapun, mangsa kemudian akan menerima panggilan yang memaklumkan bara­ngan tersebut ditahan di lapangan terbang oleh pihak berkuasa dan perlu memindahkan sejumlah wang untuk mendapatkannya.

“Ada juga mangsa yang diperdaya sehingga sanggup menye­rahkan kad ATM milik sendiri melalui perkhidmatan pos kepada ahli sindiket,” katanya.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker