Sukan

Siang Petani, Malam Pemain Badminton

Di siang hari, Henry Paynter adalah seorang petani; apabila malam, lelaki Kanada itu adalah seorang pemain badminton.

Ini adalah rutin biasa buat lelaki berusia 66 tahun yang berada di sini untuk Asia Pacific Masters Games 2018.

Paynter berkata dia mula bermain badminton kerana ia adalah salah satu sukan yang boleh dimainkan di dalam bangunan dan pada waktu malam.

“Itu yang petani seperti kami perlukan. Dan itulah bagaimana saya jatuh cinta dengan sukan ini,” ujar Paynter yang menetap di Westbank di kawasan pedalaman British Columbia, Kanada.

Dia adalah salah seorang daripada 539 peserta badminton (lekaki dan wanita) yang berentap di dalam ketegori perseorangan, beregu dan baregu campuran yang dipecahkan ke dalam 10 kumpulan umur, bermula dari 35 tahun keatas sehingga 80 tahun ke atas.

Badminton adalah satu daripada 22 acara sukan yang dipertandingkan di dalam pertandingan yang berlangsung daripada 8 hingga 15 September. Ini adalah edisi pertama buat acara pelbagai-sukan ini diadakan di Asia.

Purata umur paling rendah yang menyertai acara ini adalah 30 tahun.

Bapa kepada Paynter, Henry O. Paynter juga terkenal apabila namanya tertulis di dalam Guinness World Record sebagai pemain badminton paling tua di dunia pada tahun 2012, iaitu 98 tahun.

“Bapa saya juga adalah seorang petani. Beliau meninggal dunia pada tahun yang sama rekod itu dicatat akibat serangan angin ahmar.

“Beliau adalah pemain yang paling tua dan paling kental yang saya pernah lawan, dan masih belum ada sesiapa yang mampu memecahkan rekodnya,” ujar Paynter dengan bangga.

Paynter pernah bermain di dalam perlawanan di Amerika Syarikat, Britain dan India.

Dia juga adalah satu-satunya warga Kanada yang pernah memenangi pertandingan badminton All-England Masters, bukan sekali, bukan dua kali, tetapi enam kali berturut-turut dari tahun 2011 sehingga 2016.

Pencapaian terbesarnya adalah memenangi pingat emas dalam acara Beregu Campuran Masters Persatuan Badminton Antarabangsa bagi kategori 65 tahun ke atas di Cochin, India.

Di sebalik kejayaannya di peringkat Masters, Paynter masih mahu teruskan bermain dan menang lebih banyak.

“Setiap tahun, saya menganggap diri saya sebagai seorang yang baru hendak bermula,” ujarnya.

Sementara itu, penyanyi veteran Malaysia, Datuk DJ Dave turut bertanding dalam acara badminton di dalam kategori 70 tahun ke atas.

“Badminton adalah sukan untuk semua peringkat umur.

“Umur hanya sekadar nombor. Pemain tertua yang saya pernah jumpa adalah di China, dia berumur 96 tahun.

“Itu adalah inspirasi buat saya untuk terus bermain badminton,” ujar Dave.

“Ia mungkin terlalu sukar buat saya, tetapi saya mahu lihat sejauh mana saya boleh pergi.

“Acara badminton disertai oleh peserta daripada 19 buah negara.

Dave mula bermain badminton secara serius pada umur 52 tahun dengan menyertai pertandingan untuk veteran.

Beliau membuat penampilan terulungnya di pentas antarabangsa pada tahun 2013 di pertandingan badminto Wolrd Morning Cup di Taiwan, di mana Dave berjaya memungut dua pingat perak dalam acara perseorangan dan beregu.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker