Gaya HidupPercutian

Kunjungi Dinosaur Kingdom di Sungai Buloh

Sungai Buloh bukan hanya di mana laluan MRT berakhir tetapi kawasan itu juga menjadi rumah kepada dinosaur sekarang. Dinosaur Kingdom di Gamuda Gardens akan membawa pengunjung kembali ke zaman prasejarah.

Taman tema mudah alih, inisiatif oleh Themepaktu, adalah tempat tematik yang menampilkan pertunjukan secara langsung, permainan, tontonan interaktif dan tentu saja tarikan utamanya dinosaur. Terdapat 25 dinosaur animatronik di seluruh taman itu.

Related image

Dalam satu kenyataan, Themepaktu berkata taman itu akan menjadi tempat yang bagus untuk kanak-kanak membiarkan imaginasi mereka berkembang.

“Kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk mengingati lebih daripada 10 dinosaur pada satu masa, berbanding orang dewasa. Objektif kami adalah untuk mencipta kandungan yang berkesan supaya pengunjung kami akan mempunyai memori yang berkekalan selepas melawat taman itu,” katanya.

Related image

Selain animatronik, Dinosaur Kingdom menjadi tuan rumah kepada beberapa tarikan utama lain. Dinosaur Wildpark Live Show membawa pengunjung menelusuri perjalanan prasejarah melalui produksi dinosaur yang mesra keluarga. Pelawat juga akan bertemu dan berinteraksi dengan koleksi dinosaur.

Satu lagi tarikan menarik, Baby Dinosaur Trail, membolehkan pelawat menaiki baby dinosaur kegemaran mereka dan menikmati tunggangan itu. Bagi mereka yang sukakan aktiviti mencabar, mungkin boleh mencuba Pterosaur’s Nest and Drift Island.

Menurut Star2, Dinosaur Kingdom dibuka antara 12 tengah hari hingga 10.30 malam dari hari Jumaat hingga hari Ahad. Ia ditutup dari Isnin hingga Khamis, kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah.

Image result for dinosaur kingdom sungai buloh

Taman tema ini sesuai untuk kunjungan seisi keluarga, terutama mereka yang mempunyai anak kecil. Walaupun tidak ada sebarang pameran watak kartun yang terkenal, tetapi jika anda sukakan dinosaur, maka taman ini adalah untuk anda.

Harga tiket ialah RM30 untuk orang dewasa dengan IC Malaysia dan RM20 untuk kanak-kanak di atas 80cm. Biasanya, kanak-kanak berusia 3 tahun atau lebih akan lebih tinggi daripada 80cm. Tiket dewasa dilengkapi dengan 2 token dan tiket kanak-kanak datang dengan 1 token. Token-token ini boleh digunakan untuk tunggangan dan permainan di dalam taman.

Taman ini beroperasi sehingga 23 September. Untuk maklumat lanjut, lawati www.themepaktu.com.

 

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker