SukanTeknologi

The Kuala Lumpur Major – Pertandingan Dota 2 Terbesar di Malaysia

PGL, Astro dan Imba TV bakal mengadakan kejohanan terbesar Dota 2 – Dota Pro Circuit untuk musim yang dinamakan The Kuala Lumpur Major (TKLM) yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur Malaysia.

Acara ini mendapat sokongan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang beranggapan tahap eSukan di Malaysia sudah patut diambil perhatian dengan banyaknya pemain yang hebat.

Kejohanan ini selari dengan pandangan Syed Saddiq di mana Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai peminat eSukan terbesar di Asia Tenggara.

Selain itu, beliau berharap acara ini dapat membawa lagi arena eSukan ke peringkat seterusnya seperti hub eSukan serta fasiliti.

TKLM bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 16 hingga 18 November ini.

Terdapat 16 pasukan antarabangsa akan bertanding bagi merebut hadiah kejuaraan lebih RM4juta.

Tiket masuk akan mula dijual pada 1 Oktober ini dengan 3 kategori iaitu: Immortal (RM600), Devine (RM330) dan Ancient (RM180) untuk pas 3 hari.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker