Gaya HidupKecantikan

4 Punca Penjagaan Wajah Anda Menyebabkan “Breakout”

Walaupun seseorang lelaki mendedikasikan masa dan wang untuk rutin penjagaan wajah, ia mungkin menjadi penyebab kepada kemunculan jerawat (breakout).

Mungkin anda tidak menggunakan produk yang sesuai untuk jenis kulit anda, atau cara anda mencukur memerlukan beberapa perubahan.

Ini adalah beberapa kesilapan yang mungkin dibuat seseorang lelaki yang boleh menyebabkan masalah jerawat, menurut Dr David Lortscher, MD, pakar dermatologi dan pengasas Curology, serta bagaimana untuk mengatasi kesilapan itu.

1. Pisau cukur yang salah

Mencukur adalah sangat sensitif. Terdapat begitu banyak perkara yang boleh berlaku jika bilah pisau dan pelbagai produk digunakan tidak sesuai untuk kulit anda. Sekiranya berlaku “breakout” selepas bercukur, anda dicadangkan untuk mencuba pelbagai jenis pisau cukur.

Gantikan pencukur anda selepas empat kali guna atau empat minggu. Jika tidak, ia akan mengumpul bakteria, kotoran, kulit mati, dan kuman lain dari bilik mandi. Simpan pencukur secara tegak di tempat pengudaraan yang kering selepas setiap penggunaan.

2. Produk rambut yang teruk

Setiap kali anda berpeluh, produk rambut anda mula menitis ke wajah anda. Dan kebanyakan produk rambut tersebut tidak mempunyai manfaat kulit yang sama seperti pelembab muka anda kerana produk ini tidak direka untuk digunakan pada kulit muka.

Sebaliknya, ia menyebabkan keradangan kulit yang menyebabkan jerawat. Produk ini juga sering mengandungi alkohol yang juga merengsa. Anda dicadangkan untuk mencari produk bukan komedogenik.

3. Anda tidak “exfoliate” dengan cukup

Sesetengah orang mengalami kulit kering, kusam dan liang tersumbat akibat pembentukan sel-sel kulit yang lebih banyak mati. Inilah sebabnya mengapa “exfoliate” adalah penting: Ia menghilangkan sel-sel mati, menghalang penyumbatan liang, dan membolehkan sel-sel sihat muncul semula.

“Exfoliate” mencetuskan proses pembaharuan semulajadi kulit selain meningkatkan keberkesanan produk penjagaan kulit yang lain, seperti pembersih dan pelembap, dengan menghapuskan sel-sel mati yang menghalang penyerapan nutrien produk berkenaan.

4. Sabun yang terlalu kuat

Pernah tertanya-tanya mengapa kulit anda menjadi kering selepas mandi? Pertama, mungkin air anda terlalu panas, dan ia mengeringkan minyak semula jadi kulit anda. Atau, ia mungkin sabun yang anda gunakan.

Sekiranya kulit anda menjadi kering, kusam atau kasar, ini boleh menjadi petunjuk bahawa ia telah kering dari penjagaa muka atau menggunakan sabun yang salah di mana kulit anda kehilangan minyak pelindung semulajadi dan boleh memburukkan pertumbuhan jerawat.

Sumber: Men’s Health

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker