Isu SemasaTempatan

Photo Baby Bump “Dirompak” Oleh Lelaki Miang Di Media Sosial

Hati-hati ibu mengandung apabila meletakkan gambar anda di media sosial. Sememangnya bukan salah ibu-ibu untuk meletakkan gambar di internet tetapi ada sahaja orang lain yang menyalahgunakan gambar tersebut untuk “kepuasan” diri sendiri.

Akhbar TheStar telah berkongsi sebuah posting facebook dari seorang wanita bernama Athirah Arshad dan menghubunginya untuk pertanyaan lanjut.

Athirah menulis peringatan untuk wanita mengandung untuk berhati-hati dalam memuat naik gambar masing-masing sambil mempersoalkan manusia jenis apa yang mempergunakan gambar tersebut untuk dibuat modal seks.

Menurut Athirah, dia sedang mencari informasi tentang wanita mengandung di atas talian dan mencarinya di sebuah laman sosial media bernama Tumblr.

Dia sendiri terkejut apabila membaca keterangan di bawah gambar wanita bertudung yang menunjukkan ‘baby bump’ di laman web tersebut berunsur seks.

“Saya tidak pernah melihat perkara ini sebelum ini dan saya pertama kali menjumpainya di Tumblr.

Saya percaya pasti ada lagi seperti ini di laman tersebut,” kata Athirah yang sempat mengambil gambar skrin (‘screenshot’) sebelum menutup komputernya.

Wanita berusia 21 tahun yang meniaga kedai makan di Seri Manjung itu berkata dia menggelapkan muka ibu-ibu yang menjadi mangsa sebelum memuat naik di laman Facebook untuk memberi amaran kepada ibu-ibu di luar sana untuk berfikir dua tiga kali sebelum memuat naik gambar mereka di media sosial.

Menggelar dirinya Kak Cik, Athirah memuatnaik posting di Facebook tersebut pada September 10 lalu dengan berkata,”kakcik tatau pun ade jugak manusia yang terlampau gila seks . sampaikan gambar ibu mengandung pon dorang nak buat modal. bodoh betul lah !! manusia jenis ape la dorang ni.

So untuk ibu2 mengandung please la hati2 sebelum nak upload gambar. jangan disebabkan nak tunjuk BABY BUMP tapi gambar awak semua ada manusia gila seks curi and jadikan modal untuk dorang.”

Athirah juga menyuarakan pendapatnya supaya pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan ke atas individu yang tidak bertanggungjawab memuat naik gambar tersebut dengan keterangan luar biasa itu.

Perkongsian Athirah di Facebook kini sudah mencecah 6.3K dengan ramai yang menyuarakan kemarahan ke atas tindakan jijik orang tersebut.

Seorang pengguna wanita berkata dia tahu tentang orang jahat di atas talian dan berkata dia tidak pernah memuat naik gambar semasa mengandung sama ada memegang perut ‘baby bump’ ataupun memakai baju ketat.

Walau bagaimanapun, seorang pengguna lelaki bernama Alimi Yazid berkata masalah ini bukannya datang dari wanita mengandung tersebut tetapi dari lelaki miang. Alimi membantah orang yang menyalahkan isu ini kepada mangsa dan berkata ianya satu tindakan yang bodoh.

 

 

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker