Sukan

Lloris Digantung Daripada Memandu, Denda RM270,000

Hugo Lloris telah mengaku memandu sebuah kenderaan di bandar London sementara mempunyai dua kali ganda had alkohol yang dibenarkan.

Penjaga gol Tottenham Hotspur itu dikenakan denda £50,000 (RM270,000) dan 20 bulan larangan memandu selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Westminster Magistrate pada hari Rabu.

Dia ditahan sewaktu rondaan rutin pihak polis di Marylebone pada awal pagi 24 Ogos.

Lloris yang berumur 31 tahun itu, ditahan oleh sebuah kereta yang tidak mempunyai nombor kereta ketika dia sedang memandu Porsche Panamera miliknya pada kelajuan 15b/j (24km/j) di zon 30b/j (48km/j).

Pihak pendakwa Henry Fitch memberitahu mahkamah bahawa pemenang Piala Dunia itu melencongkan keretanya “ke arah kereta yang sedang berhenti di tepi jalan” sebelum membetulkan haluannya, kemudian melanggar lampu merah.

Pegawai polis yang menahannya menemui kesan muntah di dalam kereta dan membantu kapten pasukan Spurs dan Perancis itu keluar dari kenderaan. Sampel yang diambil daripadanya mengandungi 80 mikrogram alkohol per 100 milliliter pernafasan, sementara had dibenarkan di England dan Wales adalah 35 mikrogram.

“Saya ingin memohon maaf daripada keluarga saya, daripada kelab, rakan sepasukan, pegurus dan daripada semua penyokong dan peminat,” Lloris berkata apabila berita mengenai penahanannya muncul pada bulan lepas.

“Memandu dalam keadaan mabuk adalah tidak boleh diterima. Saya mengambil tanggungjawab penuh ke atas tindakan saya dan ia bukanlah contoh yang saya mahu berikan.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker