Isu SemasaTempatan

Esscom Minta Bantuan Pasukan Keselamatan Filipina

Pasukan Keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) meminta bantuan pihak berkuasa Filipina berikutan penculikan dua orang nelayan warga Indonesia dari kawasan perairan Semporna dua hari lalu.

“Kita percayai bahawa mereka (penculik) telah meninggalkan perairan Malaysia. Kita sedang bekerjasama rapat dengan rakan-rakan kami (pihak berkuasa Filipina) untuk mendapatkan maklumat,” kata Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali.

Memetik laporan The Star, Hazani berkata, misi utama adalah untuk mengenal pasti suspek-suspek tersebut dan menyelamatkan nelayan yang telah diculik.

Walau bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa masih tiada sebarang panggilan untuk meminta wang tebusan dilakukan oleh penjenayah.

Pada awal pagi Selasa, Samsul Sagunim, 40, serta Usman Yunus, 35, telah diculik ketika sedang menangkap ikan oleh dua orang suspek bertopeng bertopeng yang bersenjatakan senapang M16.

Difahamkan, dua orang lagi rakan nelayan yang berada di atas bot itu juga sempat bersembunyi apabila semasa lelaki-lelaki bersenjata itu mula menaiki kapal.

Selepas penculik meninggalkan kapal bersama mangsa, nelayan-nelayan yang terselamat itu terus melaporkan insiden itu kepada pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Hazani memberi peringatan kepada pemilik-pemilik bot untuk memasang Sistem Pengenalan Automatik (AIS) pada kapal masing-masing supaya pasukan keselamatan dapat memantau pergerakan mereka dengan lebih baik.

“Kapal penangkap ikan yang terlibat dalam kes ini tidak dilengkapi dengan AIS…Tanpa AIS, pasukan keselamatan akan mengambil masa yang lebih lama untuk bertindak balas.

“Selalunya, krew kapal akan menghubungi majikan mereka terlebih dahulu, dan kemudian majikan akan memaklumkan kepada pihak berkuasa ketika berlaku kecemasan….Masa yang telah terbazir menyebabkan penjenayah melarikan diri,” tegas beliau.

Difahamkan, kes penculikan ini juga merupakan yang pertama selepas tempoh dua tahun. Sepanjang tempoh itu, terdapat beberapa cubaan untuk menculik, namun ia berjaya digagalkan oleh pihak berkuasa.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker