Sukan

Baik Buruk Liga Negara-Negara Asia Buat Malaysia

Liga Negara-Negara Asia yang sedang dicadangkan adalah membimbangkan buat pasukan kebangsaan kerana ia dilihat akan menutup segala peluang untuk mencuba sebagus manakah mereka apabila berdepan dengan pasukan kebangsaan yang lebih bagus.

Kebimbangan ini disuarakan oleh jurulatih Harimau Malaya. Tan Cheng Hoe selepas melihat kemungkinan pasukannya hanya akan diletakkan di dalam Liga C, jika format pertandingan antara negara ini dilaksanakan di masa hadapan.

“Cadangan itu sebenarnya adalah satu gerakan yang bagus dan ia membolehkan pasukan-pasukan kebangsaan untuk bermain dengan lebih kompetitif,” ujar Cheng Hoe.

“Walau bagaimanapun, jika dilihat dari perspektif kategori, besar kemungkinan kita akan bermain di Liga C.

“Jadi kita tidak akan ada peluang untuk bermain di perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan lain yang lebih bagus daripada kita. Pemain-pemain kita perlu berpeluang bermain menentang pasukan yang lebih baik jika mereka mahu menambah baik permainan mereka dan menunjukkan apa yang perlu mereka tambah baik.

“Dengan beberapa lagi negara Asia Tenggara di dalam kategori yang sama, mungkin ia tidak bagus untuk kita di masa hadapan.”

Sebelum ini, NSTP Sport telah melaporkan jika Liga Negara-Negara Asia anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) terlaksana, Malaysia perlu bekerja keras kerana mereka dijangka akan bermain di dalam Liga C.

Analisa ini dibuat berdasarkan kedudukan rasmi FIFA untuk kesemua 46 negara seluruh benua Asia, di mana pasukan Cheng Hoe akan diletakkan di Liga ketiga berikutan kedudukan Malaysia yang berada di tangga ke-171.

Selain Malaysia, Liga C akan turut menempatkan pasukan kebangsaan dari negara seperti Turkmenistan, Yemen, Myanmar, Hong Kong, Afghanistan, Maldives, Kuwait, Nepal, Indonesia dan Singapura.

Kesemua pasukan kebangsaan di setiap Liga akan diundi ke dalam empat kumpulan kecil, kecuali Liga D yang hanya akan mempunyai tiga kumpulan. Jadi Malaysia berpeluang mengelakkan diri daripada menentang negara-negara Asia Tenggara lain setelah undian di buat.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker