FesyenGaya Hidup

Bagaimana Penampilan Anda Membina Reputasi Positif di Pejabat

Membina reputasi yang baik di tempat kerja adalah sangat penting. Berikut adalah tip-tip untuk menjaga penampilan bagi memupuk gaya kerja yang positif dan mengekalkan reputasi yang sempurna di pejabat.

1. Mempunyai wangian tersendiri

Aroma lelaki sama pentingnya dengan pakaian. Pilih wangian halus yang tidak terlalu biasa dan tidak terlalu kuat dan gunakannya untuk membuatkan kehadiran anda di pejabat, disenangi orang ramai. Sama ada anda berada dalam lif atau dalam mesyuarat, wangian anda yang tersendiri akan memastikan kehadiran anda mendapat perhatian.

2. Pilih kasut yang betul

Ramai lelaki masih percaya bahawa tidak mengapa untuk memakai kasut yang buruk setelah memakai sut yang baik. Kasut sebenarnya memainkan peranan penting dalam mendapatkan impresi positif. Pastikan kasut yang dipakai tidak haus, koyak dan kelihatan lusuh. Gilap kasut anda sekurang-kurangnya seminggu sekali.

3. Jangan takut untuk gayakan aksesori

Di beberapa bahagian dunia korporat, aksesori lelaki seperti tali leher dan hiasan poket sering dianggap berlebihan. Namun, pemakaian aksesori dapat membantu membina profil kerjaya peribadi anda.

Tambah kain hiasan pada poket dan pakai tali leher tiap kali menghadiri mensyuarat. Dengan cara ini, orang atasan akan menyedari aura positif yang anda bawa. Tetapi kuncinya adalah untuk tidak terlalu berlebihan sehingga kelihatan seperti anda menghadiri acara eksklusif.

4. Berhati-hati dengan warna

Kajian menunjukkan bahawa memakai warna yang betul boleh menyebabkan kenaikan gaji dan pangkat kerana ia menggambarkan tahap keyakinan seseorang. Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati dalam memilih warna.

Elakkan memilih baju yang terlalu cerah atau baju yang bercorak-corak dan berwarna-warni. Ingat bahawa matlamat anda adalah untuk menonjol dari orang ramai, bukan untuk mengambil perhatian dari bos anda.

5. Jaga kebersihan diri

Kebersihan diri bukan sahaja penting di tempat kerja, tapi ia adalah tanggungjawa setiap orang. Mulakan dengan memotong kuku jari anda. Tidak ada pelanggan atau rakan sekerja yang ingin berjabat tangan dengan anda dengan kuku jari panjang dan kotor.

Sekiranya anda  terdedah kepada peluh, mandi pada waktu pagi sebelum menuju ke tempat kerja atau selepas meninggalkan gim. Tidak ada yang lebih buruk daripada bau peluh lelaki disorok dengan pakaian yang disembur minyak wangi!

Sumber: D’Marge

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker