Gaya HidupMakan & Minum

7 Gerai Burger Ramly Paling Best Di Lembah Klang

Salah satu makanan jalanan terbaik di Malaysia adalah pastinya burger Ramly yang sangat menyelerakan.

Jadi di sini Malay Mail senaraikan 7 gerai burger Ramley yang paling best di Lembah Klan:

_______________________________________________________

Brader John Burger

Jalan SS 21/58, Damansara Utama, Petaling Jaya

Waktu Operasi: 10pg – 4ptg Isnin – Jumaat, 10mlm – 5pg Sabtu, tutup pada hari Ahad.

Tel: 012-694 4154

Trak makanan ini telah beroperasi sejak tahun 1996 dan terkenal kerana barisan beratur yang panjang.

Menu mereka menawarkan pelbagai burger tempatan dan sosej yang disalut dengan sos resipi tersendiri.

_______________________________________________________

Burger-mbira

No. 56-84, Jalan SS 21/39, SS 21, 47400, Petaling Jaya, Selangor, 47400 Petaling Jaya

Waktu Operasi: 8mlm – 4pg Isnin hingga Sabtu, tutup pada hari Ahad.

Tel: 017-365 6443

Harga burger di sini mungkin agak mahal berbanding burger lain, tetapi saiz burger mereka adalah sangat berpatutan dengan harga yang ditetapkan.

Burger-mbira memang sangat bermurah hati dengan bahan-bahan mereka patty, bawang, ham, keju, salad, timun, kebanyakan sos, dan banyak lagi.

_______________________________________________________

Om Burger

7-11, Jalan Ayer Kerja Lama, Ukay Heights, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: 7mlm – 5pg setiap hari.

Di sini mereka sangat bermurah hati dengan sos mereka dan burger mereka datang bersama telur goreng.

_______________________________________________________

Zam Burger

Jalan 6/23b, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 6ptg – 1pg, setiap hari.

Zam Burger terkenal dengan burger “Raja Super”, “King”, dan “Queen” mereka.

_______________________________________________________

Mak Chick Yunai

48, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 7.30mlm – 12pg, setiap hari.

Selain burger Ramly, di sini mereka juga menawarkan ayam goreng yang datang bersama sos yang sama digunakan untuk burger mereka.

_______________________________________________________

Burger Baek

Jalan PJS 8/14, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 6ptg – 4pg, Selasa – Ahad, tutup pada hari Isnin.

Tel: 017-200 1814

Pemilik Burger Baek mula menjual burger Ramly 15 tahun yang lalu dan mendapat inspirasi untuk mencipta burger ayam goreng menggunakan resipi ibunya.

_______________________________________________________

Molten Lava Burgers

20, Jalan Midah 1, Taman Midah, 56000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 6ptg – 12pg, Isnin – Sabtu, tutup pada hari Ahad.

Tel: 018-6662210

Jika anda peminat keju, di sinilah tempatnya. Patty burger mereka mengandungi keju yang terus cair ke dalam mulut sebaik sahaja anda mengambil satu gigitan.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker